JELI: Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Wira yang dinaiki bersama isteri dan dua anaknya bertembung dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 86 Jalan Kota Bharu-Machang-Grik, di sini pada Isnin.
Kejadian berlaku sekitar jam 2.15 pagi itu mengakibatkan Che Mohamed Faizul Che Muda, 31, yang memandu kereta Proton Wira meninggal dunia di tempat kejadian manakala isteri mangsa, Haryati Rahim, 26, luka pada bahagian kening dan anak mereka Che Mohamad Rayyan, 6, mengalami kecederaan dalaman.
Ketua Polis Daerah Jeli Superintendan Ahmad Ariffin berkata, seorang lagi anak mangsa, Che Mohamad Adam, 2, tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Pihak kami menerima panggilan berhubung kemalangan yang melibatkan dua buah kereta itu pada jam 2.30 pagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Menurutnya, siasatan awal mendapati semasa kejadian pada jam 2.15 pagi itu mangsa bersama keluarga keluar dari arah Jeli menghala ke arah Tanah Merah.
Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi, kenderaan dinaiki mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta jenis BMW yang dipandu seorang lelaki bergerak dari arah Tanah Merah ke Jeli.
Katanya, pelanggaran itu menyebabkan pemandu Proton Wira maut di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Jeli untuk bedah siasat.
"Siasatan lanjut masih diteruskan dan pihak polis mohon kerjasama dari saksi yang melihat kejadian untuk membantu siasatan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 04 2022
Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Wira yang dinaiki bersama isteri dan dua anaknya bertembung dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 86 Jalan Kota Bharu-Machang-Grik, di Jeli pada Isnin. - Foto Ihsan pembaca/Sinar Harian
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Suami maut, isteri dan anak cedera kereta bertembung
Che Mohamed Faizul Che Muda yang memandu kereta Proton Wira meninggal dunia di tempat kejadian.