awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk asing merangkumi 9.5 peratus golongan 20-an di Jepun
KPM tumpu dua fokus utama pada sesi persekolahan 2026 - Fadhlina
Zohran Mamdani hubungi Trump, bantah tangkap Presiden Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami sakit kronik, Hanim buntu rumah rosak akibat banjir

Bernama
Bernama
03/01/2026
13:00 MYT
Suami sakit kronik, Hanim buntu rumah rosak akibat banjir
Hanim menunjukkan keadaan rumah sempena sesi Ziarah Kasih MADANI di Kg Batu 17, hari ini. - Gambar Bernama
PADANG RENGAS: Sepasang suami isteri warga emas di Kampung Batu 17 di sini, terpaksa menempuh kehidupan sukar selepas sebahagian besar rumah yang didiami semakin mereput akibat banjir yang melanda kawasan itu sejak lebih 20 tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Pasangan suami isteri warga emas di Kampung Batu 17 menghadapi kehidupan sukar akibat rumah mereka yang rosak teruk selepas banjir melanda kawasan tersebut lebih dari 20 tahun lalu.
  • Dapur rumah yang hampir tidak selamat diduduki disebabkan bocor atap, dinding retak, dan kayu mereput, sementara suami disahkan menghidap penyakit paru-paru kronik memerlukan alat bantuan oksigen.
  • Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata rumah kemungkinan perlu dirobohkan dan dibina semula; tindakan lanjut akan dirujuk kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Hanim Azwar Mohd, 69, berkata bahagian dapur rumah berusia lebih 40 tahun itu kini hampir tidak selamat untuk diduduki manakala beberapa bahagian atap sudah bocor dan dinding retak akibat kesan bencana berkenaan.
"Masalah yang kami hadapi ini bukan baru. Setiap kali hujan lebat, pasti air dari anak sungai di belakang rumah ini melimpah dan menenggelamkan sebahagian besar kawasan rumah ini, terutama pada bahagian dapur.
"Ia menyebabkan banyak kayu yang digunakan untuk membina dapur rumah ini makin lama makin mereput, ditambah beberapa bahagian dinding yang retak serta berlaku kebocoran atap rumah," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.
Ibu kepada sembilan cahaya mata itu berkata sebelum ini beliau pernah membaiki beberapa bahagian rumah yang rosak dengan bantuan penduduk sekitar namun ia tidak mampu bertahan dalam tempoh lama.
Hanim berkata keadaan menjadi bertambah sukar apabila suaminya Mohd Sapiee Kamarudin, 74, disahkan menghidap penyakit paru-paru kronik dan memerlukan penggunaan alat bantuan oksigen secara berterusan sejak 20 tahun lepas.
"Kami tiada pendapatan tetap selepas suami sakit. Wang yang ada menerusi bantuan baitulmal setiap bulan yang diterima juga digunakan untuk membayar sewaan alat bantuan oksigen suami.
"Nak harapkan anak-anak pula, mereka juga mempunyai tanggungan keluarga masing-masing. Jadi, itu yang saya harap kalau boleh ada pihak sanggup membantu kami sekeluarga," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata perkara itu akan dipanjangkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.
"Kami tak boleh buat keputusan sekarang. Cuma kalau dilihat daripada mata kasar, rumah ini kemungkinan perlu dirobohkan dan dibina kembali bagi memastikan masalah yang berlaku tidak berulang.
"Cuma perkara ini saya akan bawa ke pihak ICU JPM terlebih dahulu bagi memastikan langkah bersesuaian dan sewajarnya diambil," katanya.
Muhammad Kamil yang mengadakan sesi lawatan ke rumah berkenaan pada Program Ziarah Kasih MADANI Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubuk Merbau hari ini turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#warga emas
#suami isteri
#alat bantuan oksigen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan