Skip to main content

Malaysia

Anggota tentera sedang ikuti kursus kru Armor meninggal dunia

MARAN, 7 Okt -- Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman bercakap pada sidang media berhubung kejayaan pihak polis menumpaskan sindiket “Fly By Night” di sini hari ini.  Turut kelihatan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob (kiri) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Mohd Yusri Othman (kanan).  Polis menumpaskan satu sindiket dikenali sebagai “Fly by Night” yang menjalankan aktiviti penipuan pembelian alat ganti kenderaan dan jentera berat dengan nilai kerugian keseluruhan diangg
Yahaya (foto) berkata Truper K Indiran, 22, ditemukan tidak sedarkan diri pada Rabu lepas di kem berkenaan, sebelum dikejarkan ke HTAA untuk rawatan lanjut. -Gambar fail

KUANTAN: Seorang anggota tentera yang mengikuti kursus kru Armor Kelas 1 di Kem Batu 10, di sini, dilaporkan meninggal dunia petang semalam selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman ketika mengesahkan perkara itu berkata Truper K Indiran, 22, ditemukan tidak sedarkan diri pada Rabu lepas di kem berkenaan, sebelum dikejarkan ke HTAA untuk rawatan lanjut. 

Advertisement

“Bedah siasat telah selesai dan tiada apa-apa kecederaan fizikal dialami anggota itu. Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketika ini, ahli keluarga anggota tentera berkenaan berada di Jabatan Perubatan Forensik HTAA bagi menguruskan proses membawa pulang jasad anggota berkenaan ke Pulau Pinang untuk disemadikan. 

Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa kematian anggota berkenaan dikaitkan dengan perbuatan buli. 

Sementara itu bapa tiri mendiang, L Mathivanan, 35, berkata kali terakhir mereka sekeluarga berhubung dengan Indiran sehari sebelum anak sulung daripada empat beradik itu dilaporkan tidak sedarkan diri. 

“Kami ada buat panggilan video dan Indiran kelihatan seperti biasa, sihat dan gembira malah merancang untuk membuat perhimpunan keluarga bulan depan.

“Memang terkejut dengan apa yang terjadi, Indiran juga merupakan anak bertanggungjawab dan membantu adik-adik yang masih belajar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HTAA. 

Indiran adalah antara 1,144 perajurit muda berjaya menamatkan sesi latihan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 200/2024 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson pada 15 Sept 2024.

Anggota berkenaan juga merupakan anak kepada Mejar C Kayamboo iaitu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang meninggal dunia dalam nahas pesawat TUDM jenis Beechcraft B200T yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang sebelum terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada 2016.

Bernama sebelum ini turut  melaporkan tragedi pahit itu tidak pernah menghalang Indiran bergelar tentera dan mengikuti jejak langkah bapanya. 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video