SIBU: Penduduk Sarawak berharap semua pemimpin memainkan peranan dalam menstabilkan politik negara, sekali gus memberikan tumpuan kepada hak keistimewaan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 Sabah dan Sarawak (MA63).
Malah, keterbukaan kerajaan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan pembangkang dilihat tepat bagi memacu hal-hal berkaitan kedua-dua negeri itu.
Bagi Syamsyul Basri, dia berharap transformasi kerajaan dapat memberi tumpuan kepada aspek pembangunan di Sarawak serta hak autonomi Sarawak dapat dikembalikan.
“Saya juga berharap sebagai rakyat Malaysia apabila perkara itu ditunaikan, kita dapat hidup sebagai satu bangsa Malaysia yang hidup aman dan damai tanpa sebarang masalah perkauman, sekali gus mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil,” katanya.
Pandangan sama turut diberikan Jama'iah Samat yang mahu kerajaan dan pemimpin Sarawak terus berjuang untuk mendapatkan hak istimewa negeri itu seperti yang termaktub dalam MA63.
"Haraplah bersempena Hari Malaysia, semoga hak-hak Sarawak dikekalkan. Dalam masa sama, kita pun lihat Kerajaan Sarawak menjalankan tugas dengan baik dalam menguruskan hal-hal dalam negeri kita sendir," katanya.
Bagi Erna Abang Yusof, dia berharap kerajaan dapat memberikan tumpuan kepada pemulihan ekonomi.
“Harapan saya agar kerajaan dapat memulihkan ekonomi kita sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk yang telah terjejas akibat COVID-19, pada masa yang sama juga menstabilkan situasi politik yang berlaku sebelum ini,” tambahnya.
Sementara itu bagi golongan belia, Mohd Faizin Zainudin, berkata harapannya agar mereka diberikan peluang dalam pelbagai aspek.
“Golongan kami (belia) juga berharap sentiasa diberikan peluang untuk menyumbang dalam pelbagai aspek agar sama-sama bantu meningkatkan pembangunan dan ekonomi negara,” jelasnya
Enam perkara yang dipersetujui kerajaan dan pembangkang selain Transformasi Pentadbiran ialah - Pemerkasaan Pelan COVID-19; Pembaharuan Parlimen; Kebebasan Institusi Kehakiman; Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan penubuhan Jawatankuasa Pemandu.
MoU bersejarah itu telah ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, manakala Pembangkang diwakili Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), Mohamad Sabu (Presiden Amanah) dan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Presiden UPKO).
Lynch Cowan
Thu Sep 16 2021
Malah, keterbukaan kerajaan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan pembangkang dilihat tepat bagi memacu hal-hal berkaitan kedua-dua negeri itu. - Astro AWANI
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
Banjir: Sukarelawan berbakti buat mangsa walau diri sendiri terjejas
Bagi sukarelawan meskipun rumah dan barangan sendiri 'ditelan' bah namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk membantu mangsa terjejas termasuk membuka pusat pemindahan segera bagi memudahkan urusan mangsa.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
PM Ismail Sabri pastikan hak Sabah, Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 terpelihara
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan memastikan hak-hak bagi Sabah dan Sarawak sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terpelihara.
Perjanjian Malaysia baharu buka peluang Sarawak tuntut, tambah baik hak
Usul membuat satu Perjanjian Malaysia baharu dilihat boleh membuka peluang dan ruang bagi Sarawak menuntut serta menambah baik hak-hak negeri itu.
Tok Mat saran BN Sabah usul Perjanjian Malaysia baharu tuntut hak negeri
Perjanjian itu perlu ditunjangi semangat, konteks dan aspirasi baharu.
MA63: Dasar yang diputuskan Kerajaan PH masih diteruskan - Hanifah Hajar
Hanifah Hajar berkata, Kerajaan masa kini juga ingin melakukan yang terbaik dalam memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak.
Komposisi kerusi Dewan Rakyat perlu dikaji semula - Wan Junaidi
Ia sekali gus menjadi cerminan kepada komposisi di Dewan Rakyat ketika ini di mana kerusi Sabah dan Sarawak kurang daripada satu per tiga.
GPS tidak akan beri sokongan kepada pakatan yang ada DAP - James Masing
Paling penting dalam pertimbangan yang akan dilakukan adalah mengutamakan kehendak rakyat dan kebaikan kepada negara.
MA63: Pembentangan semula cadangan pindaan bergantung kepada usul
Usaha membentangkan semula cadangan pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan adalah bergantung kepada usul mengenai isu yang akan dibentangkan pada persidangan DUN pada Selasa.
Kajian MA63 dijangka siap Jun ini - Shafie
Ketua Menteri Sabah itu juga berkata Mesyuarat Penyediaan Laporan Interim Perjanjian Malaysia akan diadakan dari 22 sehingga 24 April ini.
Sabah pandang serius isu peribumi belum terima kewarganegaraan
Kerajaan negeri Sabah memandang serius mengenai masalah penduduk peribumi Sabah tinggal di kawasan pendalaman yang masih belum menerima kewarganegaraan.
PH iktiraf Sabah sebagai rakan kongsi - Azmin
Mohamed Azmin berkata, sebelum ini kerajaan di bawah Barisan Nasional gagal mengiktiraf Sabah sebagai 'equal partner' dalam Malaysia.