awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
DAP kekal prinsip penyandang asas pembahagian kerusi pilihan raya
PPP kini diiktiraf parti komponen BN - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#SuaraMalaysia: 87 peratus mahu kerajaan fokus isu kos sara hidup

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2022
11:32 MYT
#SuaraMalaysia: 87 peratus mahu kerajaan fokus isu kos sara hidup
Didapati 87 peratus mahu kerajaan memberi fokus kepada isu kos sara hidup. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Isu kos sara hidup, khususnya berkaitan harga barangan semakin menekan kehidupan rakyat Malaysia ketika ini.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sebelum ini ada menekankan ia menjadi keutamaan dalam pentadbirannya dan mahu fokus kepada jalan penyelesaiannya.
Kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI.
Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - 100 hari pertama kerajaan, apa fokus utama anda?
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Isnin.
Daripada 5,249 responden yang mengikuti kaji selidik #suaramalaysia ini, didapati 87 peratus mahu kerajaan memberi fokus kepada isu kos sara hidup.
Sebanyak tujuh peratus pula merasakan kerajaan perlu beri tumpuan kepada pelaburan manakala baki enam peratus memilih isu pendidikan.
Poll TV
#SuaraMalaysia: 100 hari pertama Kerajaan: Apa fokus anda?
Mengangkat tema "Malaysia memilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#kerajaan
#Suara Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan