Aidiladha disambut dalam cuaca cerah dengan ratusan lembu disembelih bagi memenuhi ibadah korban selepas selesai solat sunat Aidiladha di Perlis pagi tadi.
Kerajaan negeri menyumbangkan 130 ekor lembu yang diagihkan melalui wakil-wakil rakyat untuk dikorbankan mulai hari ini manakala ratusan ternakan lagi dikorbankan oleh individu.
Di ALOR SETAR, Masjid Zahir di sini menjadi tumpuan utama kepada kebanyakan pemimpin tempatan tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama menunaikan solat sunat Aidiladha dalam keadaan cuaca cerah.
Kebanyakan pemimpin itu kemudian pergi ke kawasan masing-masing selepas solat untuk melakukan ibadah korban.
Di KOTA BARU, Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) Mohamad Hanafizi Abdullah, bersama kira-kira 5,000 umat Islam di Masjid Muhammadi di sini.
Selepas menunaikan solat, Sultan Kelantan menziarahi Makam Diraja Langgar di sini.
Di KUALA TERENGGANU Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menunaikan solat Aidiladha bersama lebih 1,000 umat Islam di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang di sini.
Baginda diiringi kerabat di raja serta Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
Di IPOH, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyertai kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Abu Bakar As-Siddiq yang terletak di Kem Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta di sini.
Baginda juga akan merasmikan Masjid Hidayatul Ummah di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar pada tengah hari ini dan menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.
Bagi program tahunan Korban Perdana anjuran kerajaan negeri tahun ini sebanyak RM1.17 juta dana berjaya dikumpulkan hasil sumbangan pelbagai agensi dan badan berkanun negeri.
Dana tersebut digunakan bagi tujuan pembelian haiwan untuk korban di peringkat negeri dan daerah-daerah seluruh negeri mulai esok.
Di KUANTAN, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad 1, di sini.
Turut sama menyertai kira-kira 2,000 jemaah bagi solat sunat Aidiladha itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota mesyuarat kerajaan negeri serta pegawai kerajaan.
Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman mengimamkan solat sunat dan memberi khutbah Aidiladha yang antara lain menyeru masyarakat supaya terus memupuk perpaduan dan kerjasama erat tanpa mengira pangkat, usia dan bangsa bagi memastikan keamanan negara dikecapi.
Di SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 20,000 umat Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS).
Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid.
Solat sunat itu diimamkan oleh Imam Besar MSSAAS, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Muqri.
Selain masyarakat tempatan, Masjid Negeri itu turut menjadi tumpuan para pelajar Islam dari luar negara terutamanya yang menuntut di Universiti Antarabangsa Al-Madinah dan pekerja asing. Majlis korban di masjid itu akan diadakan esok.
Di KUALA PILAH, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama 500 jemaah di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, di sini.
Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Tengku Besar Mahmud selain beberapa kerabat diraja yang lain. Selepas itu baginda berdua ke majlis tahlil yang diadakan di Makam Diraja Seri Menanti.
Tuanku Muhriz kemudiannya menghadiri majlis korban yang diadakan di masjid berkenaan dan berkenan menyampaikan daging kepada 30 penerima.
Di MELAKA, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob menyertai kira-kira 7,000 muslimin dan muslimat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim di sini. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Majlis korban anjuran kerajaan negeri Melaka melibatkan sebanyak 19 ekor lembu akan dilakukan esok di masjid berkenaan.
Di KOTA KINABALU, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin bersama 5,000 umat Islam menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Negeri, Sembulan, dekat sini.
Turut hadir pemimpin masyarakat dan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan. Kebanyakan pemimpin negeri pulang ke kawasan masing-masing untuk solat Aidiladha.
Bernama
Fri Oct 26 2012
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
Penunggang motosikal maut langgar kerbau, penternak diberi amaran
Seorang lelaki maut selepas motosikalnya melanggar sekumpulan kerbau di Jalan Sungai Kroh-Kampung Gajah, dekat Tapah.
PGA rampas lori, kambing seludup bernilai lebih RM100,000 di Tumpat
Lelaki berusia 47 tahun itu sengaja memandu lori pada 2 pagi bagi mengelak terserempak dengan pihak berkuasa.
Menghayati makna pengorbanan agung kepada Ilahi
Setiap perintah dan larangan Allah SWT adalah sebahagian ujian yang nyata dalam kehidupan.
Hanya ditinggalkan kandang kosong lima tahun lepas, kini miliki 130 ekor lembu
Muhammad Aiman Muhammad Zaini memulakan perniagaannya hanya dengan membeli dua ekor lembu.
Empat banduan diberi cuti tujuh hari untuk bersama keluarga sempena Aidiladha
Banduan akan dilepaskan dengan syarat-syarat tertentu selama tujuh hari dan kembali menjalani hukuman selepas tempoh tersebut.
Harga lembu korban semakin mahal?
Bagi sesetengah pembekal, mereka perlu membayar lebih berikutan kemerosotan nilai ringgit, berbanding mata wang Baht Thailand.
500,000 kenderaan akan masuk ke Kedah menjelang Aidiladha
Pengguna lebuh raya boleh menyemak aliran trafik lebuh raya utara selatan menerusi laman web rasmi atau media sosial Plus Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyembelih lembu korban
Sultan Muhammad V menyumbangkan sebanyak 30 ekor lembu manakala Pemangku Raja Kelantan pula menyumbangkan tujuh ekor lembu.
Seniwati Hashimah Yon, puluhan pelancong Singapura buat korban di Terengganu
Seniwati Hashimah Yon, 77, antara puluhan pelancong Singapura yang menyambut Aidiladha dan sekali gus melakukan ibadah korban di Terengganu.