awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sanusi tolak Pengerusi PN, cadang Ahmad Samsuri
Prasarana rekod 1.54 juta perjalanan penumpang sempena ambang Tahun Baharu
MINDEF tidak lindungi rasuah namun tolak tuduhan tanpa bukti - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sub-komander Abu Sayyaf terlibat penculikan ditembak mati

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
21/03/2021
06:34 MYT
Sub-komander Abu Sayyaf terlibat penculikan ditembak mati
Apo Mike antara 21 senarai penjenayah dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) kerana terbabit aktif melakukan jenayah termasuk penculikan yang berlaku di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
KOTA KINABALU : Perancang utama kegiatan kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di Sabah, Apo Mike, mati ditembak Polis Filipina, pada Jumaat.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
"Apo Mike disahkan mati ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina.
"Bagaimanapun kita masih menunggu maklumat lengkap mengenai kejadian itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Media Filipina melaporkan Apo Mike maut dalam pertempuran dengan pihak keselamatan di Pulau Barangay Kalupang di Tawi-Tawi.
Apo Mike atau nama sebenarnya Majan Sahidjuan adalah seorang sub-komander Abu Sayyaf.
Dia dipercayai mengetuai beberapa siri penculikan termasuk kes penculikan empat rakyat Sarawak di perairan Semporna, Sabah pada 2016.
Apo Mike juga adalah antara 21 senarai penjenayah dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) kerana terbabit aktif melakukan jenayah termasuk penculikan yang berlaku di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
BACA: Wahid Sahid: Anggota Abu Sayyaf ditembak mati bukan dalam 21 senarai dikehendaki - ESSCom
Topic Berkaitan
#Filipina
#jenayah
#keselamatan
#ESSCom
#Abu Sayyaf
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan