awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi bersasar lebih wajar - Hasan Malek

Bernama
Bernama
04/10/2014
00:12 MYT
Subsidi bersasar lebih wajar - Hasan Malek
Penurunan dan kenaikan harga barang berlaku ke atas barangan yang bukan dikawal oleh kerajaan - Hasan Malek. Foto BERNAMA
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata adalah lebih wajar untuk kerajaan melaksanakan kaedah subsidi bersasar kepada kumpulan sasaran yang tepat seperti pemberian BR1M, bantuan persekolahan RM100 dan baucer buku 1Malaysia (BB1M).
Katanya, kerajaan menyedari isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan dijadikan mainan politik oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan dan menggugatkan kestabilan politik negara.
Beliau berkata kerajaan tidak melaksanakan kawalan harga ke atas semua barangan kerana negara mengamalkan sistem ekonomi terbuka yang mana harga pasaran akan dipengaruhi permintaan dan penawaran.
"Penurunan dan kenaikan harga barang berlaku ke atas barangan yang bukan dikawal oleh kerajaan," katanya ketika berucap merasmikan kempen 'Jom Bawa Bekal Ke Sekolah' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Sadong di sini, semalam.
Ketika ini, katanya rakyat masih menikmati subsidi tepung, gas memasak, minyak masak, kesihatan, perubatan, pendidikan, bantuan-bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kedai Rakyat 1Malaysia dan lain-lain.
Hasan berkata budaya hidup yang menyumbang ke arah pembaziran turut menjadi faktor meningkatnya kos sara hidup sesebuah keluarga.
Katanya, bagi mengurangkan kos sara hidup rayat, kerajaan telah melaksanakan kempen penurunan harga dan Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP), mewujudkan 142 buah kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang menawarkan sejumlah 397 produk berjenama 1Malaysia pada kadar harga lebih rendah sehingga 50 peratus, katanya.
"Keprihatinan yang ditunjukkan kerajaan menunjukkan betapa kerajaan mengambil serius terhadap kebajikan 29 juta orang rakyatnya," katanya.
Menurut Hasan, di Sarawak 24 buah KR1M telah beroperasi dan akan ditambah sehingga 29 buah sebelum akhir tahun ini untuk manfaat penduduk.
Beliau berkata rakyat berbelanja secara bijak, berbelanja secara sederhana dan mengikut kemampuan serta bijak memilih barang atau perkhidmatan yang memberi nilai terbaik untuk wang yang dibelanjakan.
"Pada masa yang sama pengguna berkuasa menentukan permintaan dan penawaran di pasaran," tambah Hasan.
Kempen Jom Bawa Bekal Ke Sekolah bagi mempromosikan amalan membawa bekal makanan yang dimasak dari rumah sebagai langkah menjimat wang saku harian murid.
Penekanan juga diberi ke arah menggalakkan pelajar mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang.
Beliau berkata, penyertaan pelajar dalam kempen ini adalah secara sukarela dan pada peringkat awal dicadangkan pada setiap hari Rabu.
"Melalui kempen ini saya berharap amalan membawa bekal makanan sendiri dari rumah akan menjadi rutin harian pelajar dan saya percaya bekal yang disedia dari air tangan ibu yang dipenuhi kasih sayang dan doa akan membuahkan kejayaan kepada anaknya," kata Hassan.
Topic Berkaitan
#BB1M
#BR1M
#ekonomi
#harga
#Hasan Malek
#KPDNKK
#minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan