awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi diesel: KPDN siasat pihak industri naik harga perkhidmatan - Armizan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/06/2024
10:51 MYT
Subsidi diesel: KPDN siasat pihak industri naik harga perkhidmatan - Armizan
Armizan berkata kementerian akan membuat siasatan segera melibatkan kenyataan-kenyataan yang tular di media sosial mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 - Foto/fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil serius terhadap beberapa kenyataan bahawa pihak industri akan menaikkan harga perkhidmatan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun

Ringkasan AI
  • KPDN prihatin dengan kenyataan industri yang mengancam untuk naikkan harga perkhidmatan susulan penyasaran subsidi diesel. Menteri Armizan Mohd Ali menyatakan kementerian akan menyiasat perkara ini dengan segera, khususnya berkaitan dengan perkhidmatan tunda kenderaan dan penghantaran barangan binaan yang tidak termasuk dalam SKDS.
  • Tindakan KPDN akan melibatkan mengeluarkan notis kepada pihak terbabit untuk memastikan tidak berlaku pelarasan harga tanpa kebenaran. Selain itu, siasatan juga akan dilakukan terhadap industri pembinaan yang tidak layak menggunakan diesel subsidi.
  • Siasatan juga akan meneliti kemungkinan industri mendapatkan sumber diesel bersubsidi secara tidak sah sebelum ini. Sementara itu, KPDN juga sedang melaksanakan Ops KESAN 2.0 sejak 8 Jun bagi memastikan kepatuhan industri terhadap peraturan harga baru diesel.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata kementerian akan membuat siasatan segera melibatkan kenyataan-kenyataan yang tular di media sosial mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
Katanya, siasatan pertama akan melibatkan sektor yang tidak termasuk dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) seperti perkhidmatan tunda kenderaan dan penghantaran barangan binaan.
"KPDN akan mengeluarkan notis kepada pihak-pihak terbabit di bawah Seksyen 21, AKHAP 2011 untuk memastikan tidak berlaku pelarasan harga," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Selain itu, Armizan berkata siasatan akan turut melibatkan industri seperti pembinaan memandangkan sejak dari dahulu sektor itu tidak layak menggunakan diesel subsidi.
"KPDN akan melaksanakan siasatan berhubung alasan mereka perlu menaikkan harga perkhidmatan termasuk siasatan kemungkinan mereka mendapatkan sumber diesel bersubsidi secara tidak sah sebelum ini," tegasnya lagi.
Dalam masa sama, Armizan memaklumkan sedang melaksanakan OPS KESAN 2.0 bermula 8 Jun lalu.
Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter bermula semalam (10 Jun) iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.
Topic Berkaitan
#Armizan Mohd Ali
#Penyasaran subsidi diesel
#Siasat kenaikan harga
#hantaran tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan