KUALA LUMPUR: Pemberian beras import bersubsidi merupakan satu langkah intervensi bersifat sementara serta tidak menjamin kelangsungan untuk jangka masa panjang.
Profesor Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk M Nasir Shamsudin sebaliknya berpendapat kerajaan disyorkan melaksanakan sistem apungan harga beras sekiranya sudah tidak mahu lagi memberikan subsidi yang juga balasan ganti kepada kawalan harga padi dan beras.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
"Kalau kita lihat penggunaan beras ini sebenarnya kalau bahasa ekonomi dipanggil inferior good atau barang bawahan. Pada tahun 70 an, setiap daripada kita menggunakan 120 kg beras per person per year. Tapi sekarang dalam lebih kurang 77 kg sahaja.
"Ini menunjukkan perbelanjaan beras untuk isi rumah sebenarnya tidak besar. Pada pandangan saya, untuk T20 tidak memberi kesan sangat termasuk M40 juga. Tetapi isu ini tertumpu kepada golongan B40," katanya.
Tambah beliau, satu kajian telah dijalankan menunjukkan bahawa setiap isi rumah golongan B40 tidak membelanjakan lebih daripada RM50 dalam tempoh sebulan sekiranya harga beras tempatan diapungkan pada harga RM2.60 sekilogram.
Beliau turut mengesyorkan kerajaan perlu melaksanakan bantuan kewangan pembelian beras kepada golongan B40 menerusi aplikasi MySejahtera sebagai pelan jangka pendek.
Dalam pada itu, Pengerusi Sekuriti Makanan Majlis Perundingan Melayu (MPM), Syed Zikiri Syed Hassan Shahabudin turut bersetuju dengan cadangan apungan harga beras tempatan dan dalam masa sama menegaskan pengguna tidak perlu panik dengan berita bekalan beras tempatan kurang di pasaran.
"Dunia berdepan dengan perubahan iklim ketara. Hujan juga telah banyak berlaku di tempat-tempat lain, jadi sekarang Brazil pun ada beras, Australia pun ada, akhirnya kita semua akan mempunyai bekalan beras yang mencukupi walaupun negara mempunyai 10 peratus daripada jumlah pengeluaran dunia yang didagangkan. Tidak perlu panik, panik akan menghasilkan lebih banyak berita buruk," katanya lagi.
Faida Rahim
Fri Sep 29 2023
Satu kajian telah dijalankan menunjukkan bahawa setiap isi rumah golongan B40 tidak membelanjakan lebih daripada RM50 dalam tempoh sebulan sekiranya harga beras tempatan diapungkan pada harga RM2.60 sekilogram. - Astro AWANI
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.
Belanjawan 2025: Pahang sasar kutipan hasil RM1.194 bilion
Pahang menyasarkan kutipan hasil kerajaan negeri mencecah RM1.194 bilion tahun depan iaitu peningkatan lima peratus berbanding belanjawan tahun lepas.
Pahang bina pangsapuri bantu orang muda dan B40 miliki rumah
Kerajaan Pahang akan membina pangsapuri bagi membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah sejajar misi memastikan tiada lapisan masyarakat di negeri ini terpinggir.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Batu Kawa berpotensi dibangunkan seperti Bandar Sunway - Abang Johari
Kawasan Batu Kawa yang terletak kurang 10 kilometer dari Kuching berpotensi untuk dibangunkan seperti Bandar Sunway di Lembah Klang.
Belanjawan 2025: Ini langkah kerajaan tingkat kesejahteraan penduduk rumah mampu milik
Rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir 200 juta ringgit.
Akses pendidikan kepada semua kekal walaupun cadang henti subsidi golongan kaya - Zambry
Kerajaan kekal dengan pendirian memastikan akses pendidikan dinikmati semua golongan walaupun terdapat cadangan menghentikan subsidi kepada anak golongan kaya di IPTA.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur IPT, AI antara fokus KPT
Pembangunan infrastruktur di institut pengajian tinggi dan program pengantarabangsaan universiti antara fokus Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Belanjawan 2025.
Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.
Lebih banyak syarikat swasta sertai inisiatif Ihsan Rahmah MADANI
Sektor swasta terbukti mampu tanggung sendiri kos, jualan dan keuntungan dalam menyokong usaha memastikan rakyat dapat nikmati harga murah.