awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi petrol ditangguh sehingga rakyat faham

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
30/12/2019
09:47 MYT
Subsidi petrol ditangguh sehingga rakyat faham
Menurut Saifuddin, walaupun ditangguhkan, Program Subsidi Petrol bersifat terbuka sehingga sampai masa pelaksanaannya diumumkan kelak. - Gambar fail
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melipat gandakan usaha penerangan berhubung Program Subsidi Petrol (PSP) kepada rakyat sehingga kerajaan memutuskan pelaksanaannya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun ditangguhkan, PSP bersifat terbuka sehingga sampai masa pelaksanaannya diumumkan kelak.
Menurut beliau, semua persiapan ke arah pelaksanaan PSP sudah dilakukan sejak awal tahun ini.
Bagaimanapun, kerajaan, kata Saifuddin, memutuskan supaya penerangan perlu dibuat sehingga benar benar difahami rakyat sebelum PSP dikuatkuasakan.
"KPDNHEP sudah sedia, namun ia harus ditingkat penerangan... sampai bila? Sehingga Kabinet beri arahan selanjutnya," kata Saifuddin kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan pada program Back To School bersama Mydin di Pasaraya Mydin di Jalan Baru, pada Isnin.
Berikutan penangguhan pelaksanaan PSP, semua pihak, kata Saifuddin, akan terus menikmati harga subsidi sedia ada iaitu RM0.30 sen seliter bagi petrol Ron95 berdasarkan sistem sedia ada. BACA: Kabinet putuskan Program Subsidi Petrol tidak diteruskan buat masa ini
Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan pada Isnin memakluman, Kabinet memutuskan supaya pelaksanaan PSP tidak diteruskan dahulu sehingga ditentukan kelak.
Keputusan yang dibuat pada 18 Disember lalu itu bagi memberi ruang penerangan dan penjelasan kepada rakyat.
Kerajaan pada 7 Oktober lalu telah mengumumkan pelaksanaan PSP bermula Januari 2020 seiring manifesto Pakatan Harapan.
Sejumlah RM2.4 bilion diperuntukkan kerajaan bagi pelaksanaan PSP menerusi Belanjawan 2020 dengan jumlah penerima manfaat seramai lapan juta orang daripada kelompok B40 dan M40.
Topic Berkaitan
#Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
#KPDNHEP
#Program Subsidi Petrol
#PSP
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan