awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar IPTA ke Sabah, Sarawak, Labuan - Loke

Fareez Azman
Fareez Azman
12/07/2023
09:25 MYT
Subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar IPTA ke Sabah, Sarawak, Labuan - Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, ia melibatkan laluan domestik Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. -Gambar/ BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberikan subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar universiti awam untuk laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan mulai 15 Ogos.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, inisiatif itu bakal memanfaatkan 56,000 pelajar universiti awam dengan implikasi kos sebanyak RM16.8 juta.
"Pagi tadi, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya kerajaan melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan pelajar IPTA bagi laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.
"Kementerian Pengangkutan telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), dan syarikat penerbangan bagi memperincikan pelaksanaan inisiatif ini.
"Inisiatif ini akan diberikan melalui kaedah kredit di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada Rabu.
Beliau berkata, ia tertakluk kepada terma dan syarat di mana setiap pelajar mesti berasal dari Semenanjung, Sabah, Sarawak atau Labuan dan sedang menuntut di salah sebuah negeri berkenaan.
"Hanya sah tiket penerbangan sehala, atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi pada tempat asal dan tempat pelajar sedang menuntut.
"Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MYAirlines.
"Tarikh akhir penebusan baucar untuk penebusan tiket adalah pada 31 Oktober 2023. Namun pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#tiket penerbangan
#subsidi tiket penerbangan
#pelajar IPTA
#Sabah dan Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan