KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang belum divaksinasi, individu yang tidak menerima suntikan penggalak serta mereka yang mempunyai imuniti rendah antara yang berisiko menerima jangkitan subvarian baharu COVID-19 yang digelar Arcturus.
Pakar Kesihatan, Dr Farhan Rusli berkata, subvarian berkenaan juga boleh menyebabkan kadar keterukan penyakit yang lebih serius.
Selain itu, ujarnya subvarian berkenaan mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding subvarian sebelum ini.
"Buat masa ini kita masih lagi tidak dapat menentukan subvarian ini, adakah ia sama teruk seperti Delta, tetapi ia teruk dari subvarian sebelum-sebelum ini.
"Apabila kita mengatakan sesuatu sebegitu, ia ada simptom mata dan memasukkan orang ke dalam hospital, kenapa kawalan ini harus dilaksanakan pada peringkat awal?
"Jika ada mutasi yang akan berlaku daripada subvarian tersebut, ia mungkin akan menjadi lebih teruk daripada Delta sebelum ini," katanya dalam program Pantau Agenda Reformasi di Astro AWANI pada Selasa.
Jelas beliau, situasi teruk yang berlaku akibat varian Delta sebelum ini antaranya kerana kadar vaksinasi tidak mencapai liputan yang meluas dan tahap keberkesanan.
"Tetapi sekarang kenapa kita mengatakan populasi ada lebih teruk berbanding subvarian sebelum ini? Ini kerana vaksin yang kita telah terima itu, daya ketahanannya makin lama makin kurang dan sebab itu dos penggalak diperlukan.
"Ada kemungkinan kita mengatakan subvarian ini sama dengan subvarian sebelum ini, tetapi sebelum ini imunisasi kita masih lagi tinggi," tambahnya.
Dalam masa yang sama, Dr Farhan berpandangan adalah wajar untuk mewajibkan semula pemakaian pelitup muka di kawasan sesak termasuk dalam pengangkutan awam.
Selain itu, walaupun kerajaan tidak mengeluarkan arahan penggunaan sejadah sendiri ketika solat di masjid, beliau menasihati umat Islam untuk mengambil inisiatif dengan membawa sejadah ketika solat Sunat Aidilfitri dan Solat Jumaat.
Mengenai tahap kesiapsediaan sistem kesihatan negara pula, Dr Farhan mengakui bahawa ia berada pada tahap yang mantap ketika ini, tetapi langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mengelakkan ia kembali kepada tahap kritikal akan lonjakan kes COVID-19.
Astro Awani
Tue Apr 18 2023
Pakar Kesihatan, Dr Farhan Rusli berkata, subvarian berkenaan juga boleh menyebabkan kadar keterukan penyakit yang lebih serius - Foto/fail
Pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia diunjur cecah AS$48.41 bilion pada 2028
Saiz pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia diunjurkan mencecah AS$48.41 bilion pada 2028 dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 13.5 peratus.
Agenda AWANI: Belanjawan 2025 – Tebalkan Poket Rakyat
Menjelang pembentangan #Belanjawan 2025, apa jangkaan untuk inisiatif mengurangkan kos sara hidup, meningkatkan pendapatan rakyat dan memperkasa PKS dalam ekonomi digital? Diskusi 8.30 malam
Perginya seorang sahabat, keluarga Astro AWANI
Jenazah Editor video Astro AWANi, Ahmad Hafiz Azhar Nordin yang maut selepas terlibat dalam nahas jalan raya pagi Isnin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Datok, Alor Gajah.
26 negara termiskin alami krisis terburuk sejak 2006
Sebanyak 26 negara termiskin dunia, yang menjadi tempat tinggal 40% daripada penduduk termiskin, kini menghadapi tahap hutang tertinggi sejak 2006.
Menurut laporan baharu Bank Dunia yang diterbitkan pada Ahad, Mereka juga semakin terdedah kepada bencana alam dan kejutan lain.
Menurut laporan baharu Bank Dunia yang diterbitkan pada Ahad, Mereka juga semakin terdedah kepada bencana alam dan kejutan lain.
Banjir: Rumah pusaka sejak 1990 'rebah' dibadai arus deras
Kejadian kepala air yang berlaku di Kampung Teluk Rambong, Baling pada Sabtu malam mengakibatkan sebuah rumah pusaka yang didiami sejak 1990 musnah.
Op Global: Nancy dijangka beri sesi penerangan di Dewan Rakyat esok
Dr Sopian Ibrahim berkata, sesi penerangan tersebut akan dibuat pada persidangan Dewan Rakyat esok.
[TERKINI] Kerajaan seru ahli GISB, lebih 20 pusat latihan disedia seluruh negara
Program rehabilitasi dilaksanakan secara berfasa dan dipantau oleh Jakim selama 90 hari, dengan pendaftaran secara dalam talian bermula 14 Oktober (hari ini) sehingga 14 November depan.
Ahli GISB tidak lagi amalkan Aurad Muhammadiyah - Anak Asaari
Pengarah salah sebuah anak syarikat GISBH, Khaulah Asaari menegaskan, ahli juga tidak mengamalkan sebarang perbuatan yang disifatkan sebagai sesat dan salah.
PBB batal kempen vaksinasi polio di sekolah Gaza selepas premis rosak dibedil
Pegawai dari Hospital Al Awda dan Al Aqsa di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan Israel di sekolah Al Mufti di kem pelarian Nuseirat.
Pendaftaran program rehabilitasi ahli GISB dibuka hari ini, lebih 20 pusat latihan disedia
Program dilaksanakan secara berfasa dan pendaftaran secara dalam talian bermula 14 Oktober (hari ini) sehingga 14 November depan.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.
Amazon arahkan pekerja kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu
Pekerja Amazon diarah kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, dengan menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka.
Makanan tradisional Bajau Seri Semporna ubati kerinduan perantau
Meskipun nasib tidak menyebelahi Azreena apabila terpaksa menutup restoran ketika musim pandemik, setahun kemudian mereka mampu bangkit kembali.