awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sudah teruk dibelasah... pencuri melecur disambar api pula

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
28/02/2020
15:28 MYT
Sudah teruk dibelasah... pencuri melecur disambar api pula
Keadaan lelaki yang melecur akibat disambar api semasa ditangkap oleh sekumpulan lelaki. - Astro AWANI
Seorang pencuri bernasib malang selepas bukan sahaja dibelasah, malah dibakar hidup-hidup sehingga melecur oleh sekumpulan lelaki yang menangkapnya.
Dalam kejadian di Kampung Rampayan Jati, Kota Kinabalu, jam 1 pagi Jumaat, pencuri berkenaan yang berusia 21 tahun, mengalami kecederaan apabila melecur 35 peratus di bahagian anggota badan.
Terdahulu, dia bersama seorang lagi rakan sejenayahnya dikatakan sedang mencuri wayar tembaga di dalam motor mesin basuh terpakai di belakang sebuah gerai berhampiran kampung tersebut.
Dia kemudiannya berjaya ditahan manakala rakannya sempat melarikan diri dalam kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sekumpulan lelaki kemudiannya datang lalu bertindak membelasah pencuri tersebut kerana enggan memberitahu identiti rakan sejenayahnya kepada mereka.
"Sekumpulan lima lelaki yang menangkapnya lalu bertindak menyimbah petrol lalu mengacahnya dengan menyalakan pemetik api.
"Namun, tidak semena-mena percikan api pemetik api itu kemudiannya menyambar badannya dan semua lelaki yang terlibat itu membantu memadamkan kebakaran berkenaan.
"Mereka juga memberikan rawatan kepada mangsa dan menghantarnya ke rumah," katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.
Jelas beliau, abang mangsa yang melihat keadaaan adiknya melecur itu telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
"Bertindak atas laporan yang diterima, polis berjaya menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan kes ini.
"Siasatan masih dilakukan secara menyeluruh dan baki individu yang terlibat masih giat dikesan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja mendatangkan cedera parah.
Topic Berkaitan
#dibelasah
#disambar api
#jenayah
#PDRM
#pencuri
#pencuri melecur
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan