APABILA kerajaan mengumumkan penangguhan projek High Speed Rail (HSR) pada satu ketika dulu, ada di kalangan kita rasa kecewa dan ada juga yang menghembuskan nafas lega.
Projek yang sepatutnya diteruskan terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang telah dinyatakan oleh pihak kerajaan sebelum ini.
Hakikatnya, bagi setiap pembangunan dan pelaksanaan projek yang bertaraf ‘mega’, segala aspek perlu diambil kira, bukan sahaja kedudukan kewangan semasa, tetapi juga kesan dan impak menyeluruhnya kepada ekosistem negara.
Sudah pasti kita tidak mahu melaksanakan projek ini semata-mata kerana negara lain pun ada High Speed Rail atau pun mempunyai agenda yang tersembunyi.
High Speed Rail selalu dikaitkan dengan pertumbuhan hijau.
High Speed Rail juga dikatakan dapat membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida.
Malah, ada juga menyatakan pelaburan untuk membangunkan High Speed Rail bermakna menyumbang kepada agenda pertumbuhan hijau.
High Speed Rail juga telah banyak dibina dan dipertimbangkan oleh pelbagai negara dan perkhidmatannya adalah lebih baik berbanding pesaingnya (pesawat, bas, kereta atau kereta api konvensional) kerana sifat ‘hijaunya’ kepada alam sekitar di samping faktor-faktor lain seperti perjalanan yang lebih pantas, tahap keselamatan yang terbaik dan sebagainya.
Negara seperti Kesatuan Eropah, Korea Selatan dan China telah memilih High Speed Rail kerana dapat meningkatkan kualiti hidup, ekonomi dan alam sekitar yang seimbang.
High Speed Rail dan Pertumbuhan Hijau
Kalau begitu, bolehlah dikatakan High Speed Rail dapat memulihara alam sekitar dan mengurangkan tekanan terhadap penggunaan kenderaan lain yang semakin hari semakin bertambah di atas jalan raya.
Malaysia pula dikatakan negara ketiga penyumbang terbesar pelepasan karbon dioksida (CO2) selepas Indonesia dan Filipina dan pada tahun 2015 penggunaan tenaga bagi sektor pengangkutan adalah yang tertinggi iaitu sekitar 45.2 peratus (kira-kira 23,435 ktoe) berbanding 37.0 peratus (kira-kira 17,728 ktoe) untuk air, jalan, kereta api dan pengangkutan udara pada tahun 2013.
Maknanya, High Speed Rail dan pertumbuhan hijau merupakan satu paradigma revolusi pembangunan terkini yang mengekalkan kemajuan ekonomi dan melindungi alam sekitar secara berterusan.
High Speed Rail juga dikatakan sebagai momentum kepada pertumbuhan hijau dan menjadi penanda aras kepada pengangkutan awam masa hadapan, ia harus selaras dengan elemen pertumbuhan hijau yang menjadi matlamat seantero dunia.
Namun, bagaimana kita nak menjadikan High Speed Rail sebagai penanda aras pengangkutan masa hadapan? Adakah apabila kita berjaya melaksanakan projek ini bermakna sistem pengangkutan kita telah berjaya? Bagaimana pula dengan rangkaian pengangkutan yang sedia ada? Sendu?
Pengangkutan berintegrasi dan komprehensif
Lihat sahaja negara-negara maju seperti Korea Selatan dan Jepun. Sekalipun mereka mempunyai High Speed Rail, namun pengangkutan awam yang lain begitu komprehensif, effisien dan setanding dengannya.
Mereka berjaya menjadikan model pengangkutan sebagai asas untuk digunakan secara berkesan.
Pendek kata, projek High Speed Rail memerlukan pembangunan yang seiring dengan pengangkutan awam lain seperti Bus Rapid Transit (BRT) agar dapat melengkapi antara satu sama lain.
Ramai yang lupa kepentingan Bus Rapid Transit (BRT).
BRT sebenarnya mempunyai rangkaian yang sistematik yang dapat menghubungkan di antara pusat bandar dan luar bandar, antara stesen High Speed Rail ke kawasan yang lain dengan mudah di samping kemudahan moden yang disediakan dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Barulah kita dapat menyediakan pengangkutan yang komprehensif dan berintegrasi antara satu sama lain.
Malah, elemen pertumbuhan hijau bukan hanya merujuk kepada pembangunan High Speed Rail itu sendiri tetapi menuntut agar aspek persekitaran, ekonomi dan sosial termasuklah hubung kait dengan sistem pengangkutan lain dapat dibangunkan seiring dengan perkhidmatan yang disediakan dan memberikan impak yang berkesan.
Projek High Speed Rail menuntut agar seiring dengan pembangunan pengangkutan awam yang lain agar rangkaian perkhidmatan yang disediakan dapat diintegrasikan antara satu sama lain.
Pertumbuhan hijau High Speed Rail memerlukan elemen yang sesuai agar pembangunannya benar-benar memberikan impak kepada ekosistem negara.
Harapan kita agar pembangunannya bukan hanya mempercepatkan urusan perjalanan, menjadi alternatif kepada pengangkutan lain atau menjadi salah satu kebanggaan negara tetapi lebih jauh dari itu.
* Dr. Mohd Fahmy Abdullah Penyelidik Utama, Pusat Kecemerlangan Industri Rel (ICOE-REL), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
** Beliau kini sedang menjalankan kajian komprehensif berkaitan ‘Green Growth Framework for High Speed Rail in Malaysia’ selama 3 tahun melalui Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
*** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Ts Dr Mohd Fahmy Abdullah
Tue Jan 22 2019
High Speed Rail juga dikatakan dapat membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida. - Foto Dr Mohd Fahmy Abdullah
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Mempercepat vaksinasi melalui khidmat pengangkutan awam bergerak
Khidmat pengangkutan awam bergerak merupakan salah satu inisiatif dan langkah tepat untuk mempercepatkan pemberian vaksin.
Rakyat digalak berbelanja bagi merangsang ekonomi tempatan
Senario pandemik yang paling teruk ini sebenarnya menjejaskan aktiviti ekonomi.
Sistem pengurusan trafik pintar kaedah terbaik penyelesaian 'jalan maut' Ayer Hitam-Batu Pahat
Keadaan struktur jalan raya yang lurus, besar dan panjang sekarang adalah berbahaya kerana pemandu cenderung untuk memecut.
Sahut cabaran Earth Hour luar daripada kebiasaan
Walaupun hanya mengambil masa selama satu jam, namun ia menunjukkan lambang dan komitmen untuk menyelamatkan bumi.
Mempraktikkan Garis Panduan Bus Rapid Transit (BRT) sebenar
Syarat utama yang harus ada adalah tahap ketersediaan, keselamatan dan piawaian yang tinggi perlu dipenuhi.
Usah dipandang sepi kelebihan Bus Rapid Transit
Apabila sistem BRT dilaksanakan, maka wujud kemunculan bas-bas yang baharu.
Bandar rendah karbon: Komuniti Bandar Penggaram berjiwa besar
Kesedaran untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon dioksida menjadi matlamat jangka panjang masyarakat setempat.
Sudahkah kita bersedia dengan High Speed Rail?
Bagi setiap pembangunan dan pelaksanaan projek bertaraf mega, segala aspek perlu diambil kira, bukan sahaja kedudukan kewangan semasa, tetapi juga kesan dan impak menyeluruh kepada ekosistem negara.