NATIONAL
Suhaizan selamat jalani pembedahan buang hempedu

Suhaizan (foto) kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri pada Khamis. -Gambar fail/Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat, kini berada dalam keadaan stabil selepas selamat menjalani pembedahan membuang hempedu di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri pada Khamis.
Ringkasan AI
- Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat, berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan membuang hempedu di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri.
- Amanah Johor menghargai keprihatinan semua pihak yang mendoakan kesihatan Suhaizan dan meminta orang ramai menghentikan penyebaran spekulasi serta maklumat tidak sahih.
- Suhaizan dimasukkan ke ICU malam Isnin akibat paras oksigen yang menurun, tetapi kini dalam keadaan stabil dan masih memerlukan pemantauan berterusan.
“Kami juga berterima kasih kepada semua yang memainkan peranan termasuk pasukan perubatan, pegawai Parlimen Pulai, petugas Amanah Johor, ketua masyarakat dan individu perseorangan yang menjaga serta menguruskan keselamatan dan kesihatan Suhaizan,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Amanah Johor turut menghargai keprihatinan rakan ahli Parlimen itu termasuk Konsul Jeneral Republik Singapura, Ng Kuan Khai; Ahli Parlimen Skudai, Liew Chin Tong serta beberapa pemimpin setempat lain.
Sinar Harian pada Rabu melaporkan Suhaizan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) malam Isnin selepas paras oksigen pemimpin itu menurun akibat jangkitan kuman.
Bagaimanapun, beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih memerlukan pemantauan berterusan.
Susulan itu, Amanah Johor meminta orang ramai menghentikan penyebaran spekulasi serta maklumat tidak sahih berhubung keadaan kesihatan Suhaizan.
“Penyebaran maklumat tidak tepat hanya menimbulkan panik serta mencetuskan pelbagai persepsi mengelirukan,” jelasnya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami