Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan memantau perilaku pihak berkuasa serta para peserta perhimpunan Bersih 4.0.

Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam memberitahu pemberita di sini pada Isnin bahawa 20 pegawai sukarela akan ditempatkan di beberapa kawasan di ibu negara.

Beliau berkata para peserta perhimpunan diingatkan supaya tidak bertindak dengan membelakangkan undang-undang dan mengelak daripada menimbulkan kerosakan.

BACA: Bersih 4.0 - Empat perkara anda perlu tahu

Selain memastikan kelancaran lalu lintas, pihak berkuasa harus mengelak daripada menggunakan kekerasan untuk mengawal perhimpunan, katanya.

Beliau berkata pemantauan serupa akan dilakukan di Sabah dan Sarawak yang perhimpunan serupa dirancang diadakan.