Kumpulan Anti Bersih 4.0 telah membatalkan hasrat untuk berhimpun di sekitar Plaza Low Yat di Jalan Bukit Bintang pada jam 9 pagi Sabtu ini sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
Pengerusi Kumpulan Anti Bersih 4.0, Datuk Jamal Md Yunos berkata ini adalah kerana kumpulan itu telah menerima nasihat polis untuk berbuat demikian selepas satu perjumpaan diadakan di Ibu Pejabat Balai Polis Dang Wangi, pada pukul 4.30 petang, Khamis.
“Kami telah bejumpa dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainol Samah dan kami telah disiasat dan diambil keterangan," kata Jamal ketika dihubungi Astro AWANI, pada hari ini.
“Polis juga telah mengadakan mesyuarat dan mereka telah memberikan taklimat kepada kami supaya menangguhkan perhimpunan yang dirancang itu.
“Kami membuat keputusan untuk menerima nasihat polis dan bersetuju untuk menangguhkan perancangan kami untuk memberi ruang kepada pihak polis untuk fokus kepada perhimpunan Bersih 4.0,” katanya lagi.
Jamal turut berkata kumpulan itu tidak hendak dilihat sebagai warganegara yang tidak mematuhi undang-undang.
Beliau turut berkata tarikh dan tempat baru perhimpunan yang akan diadakan itu belum ditentukan lagi.
Beliau juga berkata sebanyak 30,000 baju telah ditempah untuk peserta Anti Bersih 4.0 dan deposit telah dibayar kepada operator 250 buah bas untuk membawa peserta itu.
“Kami telah membayar RM500 bagi setiap bas. Kami tidak akan mengambil balik deposit itu kerana tetap menggunakan perkhidmatan bas-bas tersebut apabila perhimpunan kami berlangsung kelak,” katanya.
Sebelum ini, peserta kumpulan berbaju merah itu mengadakan satu demonstrasi aksi ekstrem di depan Kompleks Beli Belah Sogo pada Selasa untuk persediaan pertahanan diri sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.
BACA: Kumpulan anti-Bersih pamer kekuatan fizikal, sedia berarak di jalanan
T K Letchumy Tamboo
Thu Aug 27 2015
Kumpulan Anti Bersih 4.0 telah membatalkan hasrat untuk berhimpun di sekitar Plaza Low Yat di Jalan Bukit Bintang pada jam 9 pagi Sabtu ini sebelum berarak ke Dataran Merdeka. - Gambar Fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.
Menteri Pertahanan Israel batal lawatan ke AS di saat akhir
Media Israel melaporkan bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mahu berbincang terlebih dahulu dengan Presiden AS, Joe Biden.
IOC nafi khabar angin pembatalan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. .
200 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lima akibat kegagalan landasan
Kegagalan itu berpunca daripada litar dalam sistem elektrik lampu di pinggir landasan terminal.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
Batal lawan Yaman, Papua New Guinea jadi pengganti
PERLAWANAN persahabatan antara skuad Harimau Malaya menentang Yaman yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 20 Jun ini terpaksa dibatalkan.
Tiada permit, forum tampil empat calon Kuala Selangor batal
Penganjur memohon maaf atas pembatalan forum itu yang sepatutnya diadakan di One Plaza pada jam 8 malam.
PRU15: Debat polisi calon Parlimen Muar dibatalkan
Program Debat Polisi antara tiga calon yang bertanding di kerusi Parlimen Muar yang dijadualkan berlangsung malam ini, dibatalkan.
Piala Dunia Qatar: Aksi kelayakan Brazil-Argentina dibatalkan
Empat pemain Argentina didakwa telah melanggar protokol COVID-19.