KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) digesa supaya membuat penilaian hak asasi manusia terhadap pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2022 yang diluluskan pada Khamis.
Dalam satu kenyataan, 10 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Sisters in Islam (SIS), All Women’s Action Society (AWAM) dan Justice for Sisters (JFS) menyatakan kebimbangan berhubung pindaan enakmen tersebut.
“Pindaan kepada enakmen ini menambah lagi impak buruk terhadap wanita, anak muda, komuniti LGBT, dan lain-lain.
“Malaysia yang telah menyertai Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) mempunyai tanggungjawab untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak,” menurut kenyataan itu.
Antara pindaan yang dipertikaikan termasuk tambahan Seksyen 29A (hamil atau melahirkan anak luar nikah).
“Mengharamkan kehamilan luar nikah bukan sahaja meletakkan trauma, malah juga beban dan rasa malu pada mangsa keganasan seksual," kata kenyataan itu.
Tambah gabungan NGO itu, ia juga menyumbang kepada peningkatan perkahwinan bawah umur serta mengekalkan kitaran kemiskinan dalam kalangan perempuan.
Justeru, 10 NGO itu menggesa Suhakam supaya membuat penilaian impak hak asasi manusia terhadap versi terbaharu enakmen berkenaan.
Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahri Mamat, sebelum ini dilapor berkata, pindaan itu bertujuan menambah baik enakmen tersebut yang merangkumi tambahan empat seksyen baharu dan 21 pindaan seksyen sedia ada.
Empat seksyen baharu itu melibatkan tambahan Seksyen 3A (perbomohan dan sihir), 29A (hamil atau melahirkan anak luar nikah), 33A (perempuan berlagak lelaki) dan 36A (persediaan melakukan liwat).
Nailah Huda
Sat Dec 03 2022

10 NGO termasuk Sisters in Islam (SIS), All Womens Action Society (AWAM) dan Justice for Sisters (JFS) menyatakan kebimbangan berhubung pindaan enakmen tersebut. - Gambar fail

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Judi Haram | 905 individu ditahan, rampasan wang tunai lebih RM500,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 905 individu disyaki terlibat judi haram dengan rampasan wang tunai dianggarkan lebih RM500,000.

NTD: WHO gesa pelaburan tangani jangkitan penyakit tropika terabai
NTD merupakan keadaan penyakit yang ditemui terutamanya di kawasan tropika, termasuk denggi, kusta, dan rabies.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Di Johor, Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

Korban serangan masjid Pakistan meningkat kepada 59, lebih 157 cedera parah
Siasatan kejadian setakat ini bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana pengebom itu boleh menyelinap ke dalam kawasan kawalan tinggi yang menempatkan ibu pejabat polis itu.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pahang hingga esok
Hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Kudat, Sabah, hari ini.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Digitalisasi dalam perniagaan baiki telefon bimbit
Bermula dengan membaiki telefon bimbit dari rumah namun sehinggalah berjaya memiliki kedai membaiki telefon pintarnya sendiri. Berkongsi kisahnya, Mohd Shahir Abdul Majid, 32 tahun dari Bandar Perda Bukit Mertajam berkata, dia memulakan khidmat membaiki telefon pintar di rumah pada 2015 bagi menampung kos sara hidup.

Suhakam digesa buat penilaian impak pindaan enakmen jenayah syariah Terengganu
SUHAKAM digesa supaya membuat penilaian hak asasi manusia terhadap pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2022.

Aktiviti kilang berlesen mungkin sebabkan pencemaran sungai - ADUN
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, bagaimanapun aktiviti-aktiviti kilang tersebut diakui sukar dikawal.

Bentang enakmen hudud, PAS 'tikam dari belakang' - DAP
DAP juga menganggap keputusan yang dibuat PAS Kelantan itu sebagai provokasi untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.