MELAKA: Enam atlet karate negara telah mengesahkan tempat mereka untuk bersaing dalam Sukan Asia yang bakal berlangsung di Hangzhou, China pada Oktober depan.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Datuk Nur Azmi Ahmad berkata pemilihan tersebut berdasarkan persembahan mereka sebelum ini termasuk pada Kejohanan Karate Asia 2023 yang sedang berlangsung di Melaka.
"Kita telah memilih Mohammad Arif Afifuddin, H. Sankar Sureeya, S. Prem Kumar dan R. Shamendran bagi lelaki manakala kategori wanita, kita sandarkan kepada C. Shahmalarani dan P. Madhuri. Mereka akan bertanding dalam acara individu Kumite.
"Kita sasarkan sebutir emas pada pertandingan tersebut namun melalui siapa dan kategori apa, kita akan lihat kemudian," katanya kepada pemberita ketika ditemui sewaktu Kejohanan Karate Asia 2023 yang berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini semalam.
Katanya sebagai persiapan, keenam-enam atlet tersebut akan mengharungi tiga kejohanan yang akan berlangsung di Tunisia, Maghribi dan sebuah negara di Eropah.
"Kita ada dua bulan lagi sebagai persiapan dan kejohanan tersebut adalah antara persediaan dan pendedahan yang boleh kita berikan kepada atlet ini.
"Dalam tempoh itu juga berkemungkinan ada perubahan dari segi kategori memandangkan kita akan tengok kesesuaian atlet pada kejohanan tersebut," katanya.
Mengulas mengenai pencapaian kontinjen negara yang setakat ini gagal menyinar pada Kejohanan Karate Asia edisi ke-19, Nur Azmi mengakui agak kecewa memandangkan mereka 'bertempur' di laman sendiri.
"Bagaimanapun kejayaan meraih dua pingat gangsa juga satu pencapaian dan kita harap sesuatu yang lebih positif pada aksi berpasukan esok," katanya.
Kejohanan Karate Asia 2023 berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat dengan 388 atlet daripada 32 negara bertanding.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Nur Azmi berkata, sebagai persiapan, keenam-enam atlet tersebut akan mengharungi tiga kejohanan yang akan berlangsung di Tunisia, Maghribi dan sebuah negara di Eropah. - Gambar fail
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
Bekas pemenang kasut emas Liga Super doakan Faisal Halim
Ayron Del Valle titip kata-kata semangat buat Faisal Halim agar segera diberikan kesembuhan.
Kajian UNICEF: Aspek paling parah dalam kemiskinan
'Ranjau Sepanjang Jalan'', tinjauan berulang tentang impak kos sara hidup pasca pandemik terhadap isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur', yang dijalankan UNICEF dari 14 Oktober 2023 hingga 16 November 2023. Bagaimana untuk mengenal pasti setiap dimensi dalam kemiskinan yang kritikal di Malaysia dan apakah persediaan yang perlu dilakukan?
Bersama Ketua Penyelidik, Kajian UNICEF, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Bersama Ketua Penyelidik, Kajian UNICEF, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Farhan idam Piala Dunia selepas lebih 15 tahun dalam skuad kebangsaan
Selepas lebih 15 tahun berada dalam skuad kebangsaan, Farhan Adam atau lebih mesra dengan panggilan Emon memasang impian besar untuk menjulang Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di hadapan peminat tanah ai
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan dolar AS kekal kukuh.
Lelaki sedar dari koma selepas 10 tahun
Sun Hongxia enggan berputus asa menjaga suaminya yang mengalami kondisi sedemikian selepas terkena serangan jantung.
Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat
Pencarum KWSP perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi agar tidak sewenang-wenangnya membuat pengeluaran caruman Akaun 3.
Tentera Israel adakan latihan tembakan di Golan Heights
Latihan itu berlaku ketika pertempuran semakin memuncak di pinggir Rafah dengan kerahan tentera Israel semakin bertambah.
AWANI Pagi: ASCI cabar minda pemain ‘scrabble’
AWANI Pagi bawakan perbincangan berkenaan pertandingan scrabble yang akan diadakan di Universiti Malaya.
Tukang rumah cedera tertusuk besi jatuh lori
Batang besi sepanjang 0.75 meter menembusi lengan dan terkena rusuk kiri Jamaludin Amin.
MAKAF beri peluang kedua kepada Syakilla intai tiket ke Tokyo
Badan induk itu berpuas hati dengan komitmen atlet berusia 27 tahun itu yang berjaya menurunkan berat badan daripada 65kg kepada 55.8kg.