BIRMINGHAM: Walaupun sudah berjaya mencapai sasaran enam emas dua hari sebelum Sukan Komanwel 2022 Birmingham melabuhkan tirainya Isnin ini (8 Ogos), kontinjen Malaysia nampaknya masih belum puas untuk memburu pingat emas seterusnya di sini.
Ketua kontinjen negara (CDM), Datuk Shahrul Zaman Yahya, yang lega atas pencapaian gimnas negara, Ng Joe Ee selepas dua pingat emasnya pada Isnin berjaya membantu Malaysia mencapai sasaran tersebut, optimis wira-wira negara akan terus berjuang untuk mencatat kejayaan membanggakan di sini.
Katanya, kejayaan Joe Ee sememangnya satu kejutan besar buat kontinjen negara selepas prospek utama pingat emas skuad gimrama, Koi Sie Yan terlepas peluang meraih kedudukan podium selepas menduduki tempat keempat acara riben.
"Secara peribadi kalau boleh saya nak Malaysia capai sasaran lebih daripada pencapaian di Gold Coast 2018," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan hari terakhir gimnastik berirama di Arena Birmingham di sini, semalam.
Kontinjen Malaysia membawa pulang tujuh emas, lima perak dan 12 gangsa ketika di Gold Coast 2018.
Justeru, Shahrul Zaman percaya sukan badminton, boling padang serta skuasy berkemampuan untuk menambah koleksi emas negara pada temasya sukan empat tahun sekali itu di sini.
Joe Ee, yang membuat penampilan pertama di Sukan Komanwel, muncul wira negara pada hari kesembilan apabila berjaya meraih emas menerusi disiplin bola dan riben.
Kejayaan atlet muda berusia 16 tahun dari Kuala Lumpur itu juga berjaya melepasi sasaran satu emas diletakkan kepada skuad gimrama pada temasya sukan berpresti kali ini.
Selain enam emas, Malaysia turut berjaya merangkul lima perak dan empat gangsa di sini, setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022
Shahrul Zaman percaya sukan badminton, boling padang serta skuasy berkemampuan untuk menambah koleksi emas negara. - Gambar fail/ BERNAMA
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 April 2024
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,535.05, bergerak antara paras 1,532.95 dan 1,541.88 sepanjang sesi dagangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 18 April 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sedikit hari ini, seiring penurunan kecil Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.10 peratus kepada 106.153 mata.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Dhabitah optimis mampu beraksi pelbagai acara terjun
Atlet terjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri optimis mampu menggalas tugas beraksi dalam pelbagai acara bagi sukan terjun di kejohanan akan datang.
Sukan Komanwel: Suasana meriah sambut kepulangan skuad gimrama negara
KLIA bergema dengan tepukan gemuruh peminat sukan apabila menerima ketibaan barisan atlet gimrama kebangsaan yang berjaya mengharumkan nama negara di Sukan Komanwel Birmingham.
Sukan Komanwel: Tiada kilauan emas acara beregu skuasy wanita
Hasrat untuk melihat kilauan pingat emas dijelmakan dalam acara beregu skuasy wanita pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham tidak kesampaian.
Sukan Komanwel: Aaron-Wooi Yik kandas di separuh akhir
PASANGAN beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, gagal mengikut jejak rakan senegara ke final Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.
Kedah pertimbang angkat Muhamad Aznil jadi Ikon Kemerdekaan
Kerajaan Kedah akan mempertimbangkan untuk menobatkan atlet angkat berat kelahiran negeri itu, Muhamad Aznil Bidin sebagai Ikon Kemerdekaan Kedah sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
Sukan Komanwel: Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke final
Pearly Tan-M Thinaah, mara ke final apabila menundukkan wakil India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, dalam saingan Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.
Sukan Komanwel: Tze Yong bangkit tumbangkan Kidambi untuk ke final
Ng Tze Yong, mara ke final Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan jaguh India, Srikanth Kidambi, di Dewan NEC 5 sebentar tadi.
Sukan Komanwel: Kian Meng-Pei Jing kandas di separuh akhir
Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, tewas kepada pasangan Singapura, Terry Hee-Jesicca Tan, dalam aksi separuh akhir Sukan Komanwel Birmingham.
Sukan Komanwel: Muhamad Aznil hadiahkan pingat emas untuk isteri, ahli keluarga
Atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin menghadiahkan kemenangan berkenaan kepada isteri dan ahli keluarganya di Kedah.
Sukan Komanwel: Skuad skuasy teruskan aksi cemerlang
Skuad skuasy negara meneruskan aksi cemerlang di Sukan Komanwel 2022 Birmingham apabila pasangan Ng Eain Yow-Ivan Yuen Chee Wern menempah slot ke separuh akhir.