awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Komanwel: Russel terlepas final 200m

Bernama
Bernama
06/08/2022
00:10 MYT
Sukan Komanwel: Russel terlepas final 200m
Pelari pecut negara Russel Alexander Nasir Taib (kiri) melihat catatan masanya pada skrin besar selepas beraksi dalam acara 200 meter lelaki. - Foto BERNAMA
BIRMINGHAM: Pelari pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib, terlepas tempat dalam acara akhir 200 meter (m) lelaki selepas mencatatkan masa yang lebih perlahan pada separuh akhir berbanding pusingan pertama di Sukan Komanwel 2022 Birmingham, di sini, pada Jumaat.
Russel, yang melakukan penampilan sulung di temasya tersebut, merakamkan 21.32 saat (s) untuk menamatkan saingan separuh akhir di tempat keenam di Stadium Alexander.
Pelari England, Zharnel Hughes, memenangi acara itu dengan catatan masa 20.32s.
Hanya dua pelari terpantas dalam setiap separuh akhir dan dua terpantas keseluruhan pada ketiga-tiga separuh akhir itu layak ke final, Sabtu.
Pada pusingan pertama semalam, Russel, berdarah kacukan Malaysia-Australia, mencatatkan 21.13s untuk menduduki tempat kedua pada saringan ketujuh.
Bagaimanapun,catatan masa beliau adalah jauh daripada 20.77s, iaitu rekod kebangsaan miliknya, dicipta pada Kejohanan Trek Klasik Oueensland di Australia pada 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Komanwel Birmingham 2022
#Russel Alexander Nasir Taib
#pelari pecut
#final
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan