awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
India dan Pakistan saling bertukar senarai aset nuklear
Kepengerusian ASEAN: Filipina akan teruskan momentum pengerusi terdahulu
JPJ Kelantan kutip RM9.02 juta kompaun Januari-November 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan permotoran Cub Prix masih belum dibenarkan - Ismail Sabri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
27/11/2020
09:50 MYT
Sukan permotoran Cub Prix masih belum dibenarkan - Ismail Sabri
Bagaimanapun, pihak penganjur dan persatuan lumba boleh mengemukakan cadangan berhubung prosedur operasi standard (SOP) untuk diteliti oleh MKN dan KKM. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA:Kerajaan masih belum membenarkan aktiviti penganjuran sukan permotoran Cub Prix, setakat ini dalam usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu dibuat selepas mendapat pandangan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Walaupun sukan Cub Prix tersebut suatu perlumbaan di mana mereka berasingan, tiada bersentuhan dan dapat dielakkan, tetapi yang membimbangkan adalah dari segi sebelum dan selepas perlumbaan.
"Kalau ramai yang terlibat tentulah sebelum perlumbaan akan berlaku perkumpulan yang mungkin akan menyebabkan sentuhan dan selepas tamat pun akan berlaku perhimpunan berkumpulan yang besar yang mungkin menyebabkan berlaku sentuhan," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan mempertimbangkan untuk membenarkan sukan tersebut beroperasi susulan ramai yang terlibat dalam sektor tersebut terjejas.
Bagaimanapun, jelas beliau pihak penganjur dan persatuan lumba boleh mengemukakan cadangan berhubung prosedur operasi standard (SOP) untuk diteliti oleh MKN dan KKM.
Ismail Sabri menambah,SOP tersebut perlu meliputi cadangan sebelum, semasa dan selepas pertandingan permotoran berlangsung.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#sukan
#ismail sabri yaakob
#Media
#KKM
#perhimpunan
#Sukan permotoran Cub Prix
#Majlis Keselamatan Negara
#prosedur operasi standard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan