KUALA LUMPUR: Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) dibenarkan bagi individu yang telah menerima vaksin lengkap di negeri-negeri dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan seterusnya.
Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, aktiviti tersebut dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka dan separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
“Aktiviti sukan dan rekreasi amat penting bagi memastikan tahap kesihatan minda dan kecergasan fizikal yang baik,” katanya menerusi pengumuman khas mengenai kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap hari ini.
Muhyiddin berkata, aktiviti yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.
Bagaimanapun, katanya operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah tidak dibenarkan.
“Ini bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan,” tegasnya.
Jelas Perdana Menteri, seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan
b) Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
“Kesemua kemudahan yang saya umumkan hari ini akan mula berkuatkuasa pada Selasa, 10 Ogos 2021.
“Perincian bagi kemudahan-kemudahan yang baru saya umumkan ini akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam waktu yang terdekat,” ujarnya.
Astro Awani
Sun Aug 08 2021
Aktiviti tersebut dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka dan separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam. - Gambar hiasan
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
5 lokasi riadah menarik di ibu kota untuk rehatkan minda
Lima lokasi ini menjanjikan ketenangan buat pengunjung untuk menikmati kehijauan rimba dan panorama indah tanpa perlu memandu jauh.
Alif Satar perluas kempen #GengSubuhMacamJumaat ke UK
Alif akan bekerjasama dengan kedutaan Malaysia di UK bagi merealisasi inisiatif berkenaan.
Orang ramai nikmati hari Ahad bebas kereta yang kembali hari ini di Singapura
Orang ramai mengambil peluang memenuhi jalan di kawasan yang ditetapkan termasuk Jalan St Andrew dan Esplanade Drive dengan pelbagai kaedah.
Kegembiraan lapan sahabat beriadah di air terjun bertukar tragedi
Mangsa dikenali Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, dari Janda Baik, adalah seorang pelajar IPTA di Selangor.
Keindahan alam semula jadi tarikan di Geotapak Eko Rimba Bukit Ayer
Destinasi itu juga memiliki daya tarikan tersendiri antaranya rimba herba Perlis dan kolam untuk pengunjung mandi-manda.
Aktiviti keagamaan, riadah bersama keluarga warnai sambutan ambang tahun baharu 2024
Ketibaan Tahun Baharu 2024 disambut sederhana di seluruh negara setelah kerajaan memutuskan tiada sambutan rasmi diadakan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas kejam oleh rejim
Penduduk Bukit Jelutong desak pemaju, PBT batalkan projek di kawasan riadah
BJRA berharap padang hijau itu dikekalkan kerana telah menjadi kawasan riadah penduduk setempat sejak 30 tahun dahulu.
Sudut Lions di Taman Tasik Taiping beri peluang pengunjung berehat nikmati hutan hujan
Dikenali dengan kanopi pokok hujan-hujan berusia lebih 100 tahun, lokasi itu sedikit sebanyak mampu menampung kehadiran pengunjung.
PM beri bayangan lebih banyak kelonggaran aktiviti sukan, riadah
Lebih banyak aktiviti sukan dan riadah akan dibuka selepas kelonggaran pertama yang diberikan bermula 9 September lepas.
Polis ambil tindakan tegas jika orang ramai beriadah tanpa SOP
Tindakan tersebut akan diambil sekiranya keadaan tidak dapat dikawal dan pengunjung terlalu ramai.