awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA 2025: MSN tanggung kos tambahan perpindahan dari Songkhla ke Bangkok

Bernama
Bernama
02/12/2025
03:20 MYT
Sukan SEA 2025: MSN tanggung kos tambahan perpindahan dari Songkhla ke Bangkok
Menurut MSN, keputusan itu juga selari dengan keprihatinan disuarakan kerajaan mengenai nasib 206 atlet dan pegawai Kontinjen Malaysia yang berdepan kesukaran kerana terpaksa berpindah hanya beberapa hari sebelum temasya bermula.
KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) bakal menanggung semua kos tambahan membabitkan perpindahan atlet Malaysia ke Sukan SEA 2025 dari wilayah selatan Thailand, Songkhla yang dilanda banjir untuk membawa cabaran di Bangkok dan Chonburi.
MSN dalam kenyataan memaklumkan kelulusan untuk menampung kos tambahan yang dianggarkan melebihi RM500,000 itu telah dipersetujui dalam Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pada Isnin lepas.
"Keputusan itu bertujuan memastikan semua atlet negara daripada 10 jenis sukan, baik daripada Kategori A mahupun Kategori B tidak diganggu kebimbangan yang mampu menjejaskan fokus dan prestasi mereka daripada insiden luar jangka seperti yang dialami ketika ini.
"Kelulusan bagi menampung kos tambahan itu diharapkan dapat menjadi pembakar semangat dan menyemarakkan kesungguhan semua atlet berjuang untuk membawa pulang pingat kepada negara," menurut kenyataan itu.
MSN turut memaklumkan keputusan itu selari dengan keprihatinan disuarakan Kerajaan MADANI mengenai nasib 206 atlet dan pegawai Kontinjen Malaysia yang berdepan kesukaran setelah dipaksa berpindah hanya beberapa hari sebelum temasya Sukan SEA 2025 yang akan membuka tirai pada 9 hingga 20 Dis ini.
"Atlet-atlet negara di Songkhla sebelum ini dijadualkan mengambil bahagian dalam acara Muay Thai, pencak silat, bola sepak lelaki, catur, judo, kabaddi, karate, petanque, wushu dan gusti.
"Sembilan sukan itu kini akan dilangsungkan di Bangkok kecuali gusti yang akan bersaing di Chonburi," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Sukan Negara
#Sukan SEA
#banjir thailand
#kos tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan