awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bruno Fernandes kekal setia di Manchester United, tiada rancangan berpindah Januari Ini
Dari penolakan dan kemurungan: Janji kepada ibu, perjalanan luar biasa Igor Thiago ke Liga Perdana
Bendera 'Sang Saka Bangsa' berkibar di WTC, bermulanya PAU 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Thailand: Kos meningkat drastik sebaik perubahan venue pertandingan

Astro Arena
Astro Arena
02/12/2025
00:00 MYT
Sukan SEA Thailand: Kos meningkat drastik sebaik perubahan venue pertandingan
Nasir mencadangkan agar mana-mana persatuan yang berdepan isu kewangan mencengkam untuk segera berhubung dengan MSN bagi mendapatkan saranan. - Foto Astro ARENA
SETIAUSAHA Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nasir Ali, akui peningkatan kos bagi Sukan SEA Thailand bermula minggu depan, berlaku secara drastik sebaik perubahan lokasi melibatkan sembilan jenis sukan, yang sepatutnya dianjurkan di Songkhla dipindahkan ke Bangkok pada saat akhir.
Difahamkan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) sedang memperincikan keperluan untuk membantu mana-mana persatuan yang memerlukan tetapi buat ketika ini, tiada sebarang perubahan selain keutamaan terus diberikan kepada atlet yang berada dalam Kategori A.
Nasir mencadangkan agar mana-mana persatuan yang berdepan isu kewangan mencengkam untuk segera berhubung dengan MSN bagi mendapatkan saranan.
"Sememangnya pemindahan venue dari Songkhla ke Bangkok melibatkan peningkatan kos, terutama kos penerbangan, kenderaan dan mungkin hotel" katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Ia sedang dikaji semula oleh MSN dan sudah dibincangkan oleh pihak MOM.
"Saya rasa daripada segi kos, kami masih menetapkannya berdasarkan formula Kategori A dan B.
"MOM tiada dana yang besar kerana kami NGO (badan bukan kerajaan) tetapi akan mencuba untuk berbincang dengan MSN daripada segi mana mereka dapat membantu.
"Apapun, mana-mana persatuan yang menghadapi masalah patut menghubungi MSN atau pihak pengurusan persatuan masing-masing."
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#Nasir Ali
#kos
#banjir thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan