HANOI: Malaysia kembali mendominasi acara memanah Compound Berpasukan Campuran selepas Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh menambah pungutan pingat emas Sukan SEA Hanoi buat negara, sebentar tadi.
Selepas Malaysia sekadar meraih gangsa dalam edisi di Manila, tiga tahun lalu, Juwaidi-Fatin NurFatehah kembali bergandingan bagi mengulangi sensasi temasya Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017.
Mereka berselisih satu mata sahaja dengan pencabar Filipina, Jennifer Dy Chan-Paul Marton Santos Dela Cruz, dalam perlawanan yang berkesudahan 151-150 mata di Pusat Latihan Nasional, Hanoi itu.
Thailand pula mengatasi juara bertahan, Vietnam, 154-153 untuk memungut gangsa.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Thu May 19 2022
Juwaidi Marzuki (kanan) dan Fatin Nurfatehah Salleh meraikan kemenangan selepas berjaya meraih pingat emas menewaskan pasukan Filipina dalam acara akhir Compound Beregu Campuran pada Sukan SEA ke-31 hari ini. - Foto BERNAMA
Perjumpaan dengan Hamas untuk wujudkan penyelesaian secara aman - PM Anwar
Perdana Menteri berkata pertemuan beliau dengan pemimpin Hamas di Doha, Qatar minggu lepas adalah bagi memujuk mereka untuk tampil penyelesaian secara aman terhadap konflik di Gaza.
Badminton: Pearly-Thinaah tepati ramalan ke suku akhir Malaysia Masters 2024
Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah menepati ramalan apabila melangkah ke suku akhir Masters Malaysia 2024.
Mahkamah Tinggi tolak pengakuan salah warga emas pamer gambar Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu
Mahkamah Tinggi menolak pengakuan bersalah seorang warga emas atas pertuduhan mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Malaysia beri komitmen laksana tanggungjawab Ahli Majlis ICAO - Loke
Malaysia memberikan komitmen untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai satu daripada 14 negara yang dipilih sebagai Ahli Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), kata Menteri Pengangkuta
Dua pesawat Japan Airlines berlanggar di lapangan terbang
Tiada kecederaan dilaporkan, namun penerbangan 503 menuju ke Lapangan Terbang Chitose Baru di Hokkaido, Sapporo telah dibatalkan.
Kes resit hina Islam: Empat warga Myanmar ditahan bantu siasatan
Polis menahan empat individu warga Myanmar termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes resit yang didakwa menghina Islam.
Pertemuan PM Anwar-Kishida nilai kemajuan kerjasama Malaysia-Jepun
Menerusi pertemuan itu, kedua-dua pemimpin dapat menilai kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Jepun meliputi pelbagai bidang.
Shah Rukh Khan alami strok haba
Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi.
KDN, AADK lancar kempen anti dadah tak payah, tak nak
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melancarkan Kempen Tak Payah, Tak Nak bersempena dengan Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada Khamis.
Penerbangan 56 bakal haji dijadualkan semula - TH
Penerbangan bagi 56 bakal jemaah haji daripada kumpulan KT043 yang sepatutnya berlepas ke Tanah Suci pagi tadi, dijadualkan semula esok.
Memanah Sukan Asia Hangzhou: Masalah peralatan sekat kemaraan Juwaidi Mazuki ke separuh akhir
Pemanah negara, Juwaidi Mazuki, kandas dalam suku akhir acara memanah compund Sukan Asia Hangzhou 2022.
Sukan SEA Hanoi: Juwaidi tuai emas kedua memanah compound
Juwaidi Mazuki memahat namanya sebagai pemenang selepas mengetepikan pencabar Thailand, Sirapop Chainak.
Sukan SEA Hanoi: Juwaidi-Fatin Nurfatehah ulangi detik emas Compound Berpasukan Campuran
Juwaidi-Fatin NurFatehah kembali bergandingan bagi mengulangi sensasi temasya Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017.