Selaras dengan usaha untuk meningkatkan pemahaman mengenai amalan demokrasi serta pilihan raya di kalangan orang muda, Kementerian Pendidikan akan menambah baik sukatan pelajaran subjek Sejarah Tingkatan 4 dan 5, kata menteri berkenaan Maszlee Malik.
Beliau berkata penambahbaikan sukatan pelajaran itu turut meliputi pendedahan amali mengenai amalan demokrasi dan pilihan raya.
"Kita akan cuba perbaiki dan tambah beberapa elemen. Bukan sekadar apa yang mereka (pelajar) belajar dalam buku dan kelas, tetapi lebih daripada itu yang mana kita akan minta para guru membuat latihan amali untuk diperkenalkan kepada mereka.
"Pengamalan demokrasi juga bukanlah asing dalam keterlibatan kokurikulum. Kita sedang cuba untuk memperkenalkan di sekolah-sekolah dengan pelbagai perkara praktikal berkaitan pengamalan demokrasi dan pilihan raya itu sendiri," katanya pada sidang media selepas Majlis Penghargaan Akreditasi Emas Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) untuk Politeknik Malaysia di sini, hari ini.
Penambahbaikan sukatan pelajaran itu adalah susulan daripada Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun, yang diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai.
Sebelum ini, Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan untuk menyediakan modul pendidikan pengundi kepada pelajar sekolah supaya mereka lebih bersedia dan memahami proses demokrasi dan pilihan raya di awal usia.
Sempena majlis hari ini, sembilan buah politeknik Malaysia menerima pengiktirafan Emas daripada APACC yang mana enam daripada mereka berada pada kedudukan sepuluh teratas.
Pengiktirafan tersebut dapat dijadikan penanda aras kecemerlangan aliran Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di rantau Asia Pasifik dalam aspek kualiti, kebertanggungjawaban serta kepercayaan awam terhadap politeknik Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2019
MASZLEE: Kita akan cuba perbaiki dan tambah beberapa elemen.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Lima universiti awam wujudkan kesatuan pelajar tahun hadapan
Kekurangan penyertaan pelajar dalam sistem demokrasi di peringkat universiti menjadikan penyertaan golongan muda dalam proses membuat keputusan di peringkat negara, cukup rendah.
Piagam Muafakat Nasional agenda keharmonian kaum
Ternyata, HPU ini menusuk kalbu banyak pihak hingga ada yang menitiskan air mata kerana terharu bahawa orang Melayu sudah mula bersatu.
Sukatan subjek Sejarah ditambah baik - Maszlee
Penambahbaikan sukatan pelajaran itu turut meliputi pendedahan amali mengenai amalan demokrasi dan pilihan raya.
Pelan Penyatuan Nasional adalah proses ke arah budaya politik baru - Saifuddin
Datuk Saifuddin berpendapat langkah ini akan menjadikan amalan demokrasi di negara ini matang dan progresif.