awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKE fasa dua dibuka tengah malam ini, tol percuma dua minggu

Faida Rahim
Faida Rahim
15/06/2023
05:48 MYT
SUKE fasa dua dibuka tengah malam ini, tol percuma dua minggu
Nanta hadir di Majlis Perasmian Pembukaan Fasa Dua Lebuh Raya Bertingkat SUKE di sini pada Khamis. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Lebuh raya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE) fasa dua akan mula dibuka kepada pengguna bermula jam 12.01 malam ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Alexander Nanta Linggi memaklumkan pembukaan fasa dua ini menawarkan kesalinghubungan dan penyuraian trafik lebih berkesan.
“SUKE fasa dua melibatkan jajaran utama sepanjang 7.8 kilometer dari Sri Petaling sehingga Cheras - Kajang yang merupakan laluan kepadatan tinggi.
“Antara skop pembinaan lebuh raya ini adalah melibatkan pembinaan dua persimpangan baharu iaitu Persimpangan Sri Petaling dan Persimpangan Sungai Besi dan juga pembinaan satu plaza tol bertingkat di Plaza Tol Alam Damai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Pembukaan Fasa Dua Lebuh Raya Bertingkat SUKE di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, kata beliau pengguna yang melalui Plaza Tol Alam Damai boleh menikmati laluan percuma selama dua minggu.
Sementara itu, Kementerian Kerja Raya turut mengumumkan sistem kutipan tol secara pembayaran terbuka (Open Payment System) dijangka bermula September ini.
Sebanyak 12 lebuhraya terlibat antaranya Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Jambatan Pulau Pinang (JPP), Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE), Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta - Ulu Klang (DUKE).
Open Payment System diperkenalkan merupakan inisiatif Kerajaan yang komited dalam peralihan sistem kutipan tol secara Multi-Lane Fast Slow (MLFF) menjelang akhir 2024.
Topic Berkaitan
#SUKE 2
#Alexander Nanta Linggi
#Sungai Besi Ulu Klang
#tol percuma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan