awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Korea Selatan, NATO tubuh badan perunding industri pertahanan
MALAYSIA
Cubaan seludup 56.81 kg dadah RM5.56 juta guna kurier udara di KLIA gagal
MALAYSIA
Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara didakwa terima suapan kereta mewah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

Sukma 2022: Terjun wanita digugurkan kerana tidak cukup penyertaan, bukan sebab politik - KBS

Bernama
Bernama
22/07/2022
13:47 MYT
Sponsor Banner
Sukma 2022: Terjun wanita digugurkan kerana tidak cukup penyertaan, bukan sebab politik - KBS
Ketiadaan acara terjun wanita pada Sukma ke-20 yang dijadualkan bermula dari 16 hingga 24 Sept depan di Lembah Klang adalah kerana tidak menepati syarat minimum peraturan teknikal penyertaan temasya sukan berkenaan. - Gambar fail/Stadium Astrio
KUALA LUMPUR: Ketiadaan acara terjun wanita pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang dijadualkan bermula dari 16 hingga 24 Sept depan di Lembah Klang adalah kerana tidak menepati syarat minimum peraturan teknikal penyertaan temasya sukan berkenaan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker berkata mana-mana acara dipertandingkan pada Sukma, ia perlu mendapat penyertaan daripada sekurang-kurangnya lapan kontinjen negeri.
Beliau berkata berdasarkan senarai panjang kontinjen pada 20 Mei lepas, lima acara terjun wanita dan lelaki telah digugurkan kerana tidak mempunyai penyertaan yang secukupnya.
"Bagaimanapun, Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma pada 9 Jun berpendapat bahawa, disebabkan Sukma 2022 adalah edisi khas, penyertaan minimum dikurangkan daripada lapan ke enam negeri, serta melanjutkan tarikh tutup pendaftaran sehingga 30 Jun.
Namun, setelah tarikh tutup, beberapa acara masih tidak layak dipertandingkan kerana penyertaan kurang daripada enam kontinjen. Ia termasuk acara terjun 1 meter (m) papan anjal wanita, 3m papan anjal wanita, 10m platform wanita, 3m papan anjal seirama wanita dan 10m platform seirama wanita," katanya.
BACA: Sukma 2022: Pandelela dakwa acara terjun tidak tersenarai 'atas alasan politik'
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai dakwaan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong bahawa tiada acara terjun wanita pada Sukma kali ini kerana "sebab politik".
Menurut Ti, hanya lima lima negeri - Perak, Wilayah Persekutuan, Pahang, Sarawak dan Sabah menghantar penyertaan bagi acara 1m papan anjal dan 3m papan anjal, manakala 10m platform disertai oleh Perak, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.
Acara 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama pula sekadar mendapat penyertaan daripada Wilayah Persekutuan dan Sarawak, katanya.
Ti berkata bukan sahaja acara terjun wanita, malah beberapa acara melibatkan karate wanita, olahraga 10,000m jalan kaki wanita, angkat berat wanita, kanu dan tinju lelaki turut tidak dapat diadakan kerana tidak melepasi syarat penyertaan minimum.
"Namun kita meneruskan semua acara terjun lelaki kerana memenuhi syarat (penyertaan minimum selepas syarat dilonggarkan). Bagaimanapun, keputusan (sukar menggugurkan acara terjun wanita) terpaksa dibuat," katanya.
Pandelela menerusi Twitter semalam, meluahkan kekecewaannya kerana tiada acara terjun melibatkan wanita dianjurkan pada Sukma kali ini, hampir sebulan selepas Sarawak membuat rayuan untuk menyenaraikan semula acara berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukma 2022
#terjun wanita
#Sukan Malaysia
#Lembah Klang
#KBS
#Kementerian Belia dan Sukan
#ti lian ker
#politik
#Pandelela Rinong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami