awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Polis siasat dakwaan Ah Long bakar rumah di Tasek Gelugor
MALAYSIA
JPJ, APAD diarah tingkat pemantauan terhadap pesalah trafik berulang - Loke
MALAYSIA
Program Al-Falah MADANI 2025 di Kuantan bermula esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Korea Selatan, NATO tubuh badan perunding industri pertahanan

Bernama
Bernama
26/06/2025
05:34 MYT
Sponsor Banner
Korea Selatan, NATO tubuh badan perunding industri pertahanan
Wi menekankan bahawa industri pertahanan Korea Selatan maju dan mempunyai potensi untuk kerjasama yang lebih erat dengan NATO. - Gambar fail/ FB Republic of Korea Air Force
SEOUL: Korea Selatan dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersetuju menubuhkan badan perundingan peringkat kerja bagi meningkatkan kerjasama dalam industri pertahanan, agensi berita Yonhap memetik pejabat presiden pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Korea Selatan dan NATO bersetuju menubuhkan badan perundingan peringkat kerja bagi meningkatkan kerjasama dalam industri pertahanan, hasil pertemuan antara Penasihat Keselamatan Negara Korea Selatan dan Setiausaha Agung NATO di luar Sidang Kemuncak NATO di The Hague.
  • Korea Selatan menyatakan komitmen untuk memperkukuh hubungan dengan NATO, termasuk penyertaan dalam projek masa depan yang bertujuan memperkuat keupayaan pertahanan pakatan tersebut.
  • Korea Selatan bersama Jepun, Australia dan New Zealand turut mengesahkan komitmen kerjasama lebih erat dengan NATO dalam bidang praktikal seperti keselamatan rantaian bekalan, pembangunan dan pemerolehan pertahanan serta keselamatan maritim, angkasa dan senjata.

Persetujuan itu dicapai semasa pertemuan antara Penasihat Keselamatan Negara Korea Selatan Wi Sung lac dan Setiausaha Agung NATO Mark Rutte di luar Sidang Kemuncak NATO di The Hague.
Semasa pertemuan itu, Wi menyampaikan surat peribadi daripada Presiden Lee Jae Myung menjelaskan ketidakhadirannya pada sidang kemuncak tahun ini dan mengesahkan komitmennya untuk mengukuhkan hubungan Korea Selatan-NATO.
Wi menyatakan harapan untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak, sambil berkata bahawa Korea Selatan dan NATO berkongsi nilai demokrasi dan keamanan.
Beliau juga menekankan industri pertahanan maju Korea Selatan dan potensinya untuk kerjasama yang lebih erat dengan pertubuhan itu .
"Kedua-dua pihak bersetuju untuk menubuhkan badan perundingan industri pertahanan Korea Selatan-NATO peringkat ketua pengarah untuk meneroka bidang kerjasama tertentu," kata pejabat presiden.
Mereka juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama melalui penyertaan Korea Selatan dalam projek NATO pada masa hadapan yang bertujuan untuk mengukuhkan keupayaan pertahanan pakatan itu.
Pada Rabu, Wi menghadiri sesi berasingan dengan Rutte dan wakil daripada tiga rakan kongsi Indo-Pasifik yang lain -- Jepun, Australia dan New Zealand.
Empat negara dan NATO menerima pakai kenyataan bersama yang mengesahkan komitmen mereka untuk kerjasama yang lebih erat dalam bidang praktikal seperti pertahanan.
Mereka juga berjanji untuk memperdalam kerjasama dalam keselamatan rantaian bekalan, pembangunan pertahanan dan pemerolehan serta bekerjasama dalam projek keselamatan maritim, angkasa dan senjata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NATO
#Korea Selatan
#perjanjian pertahanan
#Presiden Lee Jae Myung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami