KUCHING: Edisi ke-21 temasya Sukan Malaysia (SUKMA XXI) menjadi pentas terbaik bagi tuan rumah Sarawak untuk menamatkan penantian muncul juara keseluruhan acara tinju, kata Presiden Persatuan Tinju Sarawak (SABA) Datuk Rahman Lariwoo.
Beliau berkata berdasarkan rekod, Sarawak tidak pernah muncul juara acara tinju sejak temasya dwitahunan kebangsaan itu diperkenalkan pada 1986.
"Harapan tahun ini, kita selaku tuan rumah (kelebihan), kita mahu pecahkan rekod untuk muncul juara keseluruhan acara tinju," katanya kepada pemberita di pusat latihan tinju SUKMA XXI di Stadium Sarawak, pada Sabtu.
Pada temasya kali ini, Sarawak menaruh harapan kepada 16 petinju muda iaitu terdiri daripada 12 lelaki dan empat wanita yang telah menjalani latihan intensif sejak tahun lepas bagi menghadapi saingan di temasya yang berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos.
"Untuk muncul juara keseluruhan, sekurang-kurang enam pingat emas (perlu dimenangi) dan saya percaya dan yakin yang kita mampu mencapainya," katanya.
Rahman yang juga naib presiden Persekutuan Tinju Malaysia berkata selain menjalani latihan pusat yang bermula awal tahun ini, para petinju akan mengambil bahagian dalam kejohanan Terbuka Srawak pada 6 hingga 10 Mei ini.
"Selepas Terbuka Sarawak, saya akan bawa mereka ke Sekolah Sukan Trang di Thailand, kemudian ke Tanjung Pinang di Indonesia iaitu tempat petinju terbaik dari Kalimantan berkumpul dan akhir sekali ke Baguio City di Filipina sebelum temasya SUKMA XXI bermula," katanya.
Beliau berkata skuad tinju Sarawak akan menyertai kejohanan Terbuka Perak di Ipoh pada Jun.
Pada edisi SUKMA Kuala Lumpur 2022, Sarawak meraih dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa dalam acara tinju.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
SUKMA XXI menjadi pentas terbaik bagi tuan rumah Sarawak untuk menamatkan penantian muncul juara keseluruhan acara tinju. - Gambar hiasan/BERNAMA
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
SUKMA XXI: Sarawak sasar juara keseluruhan acara tinju
Berdasarkan rekod, Sarawak tidak pernah muncul juara acara tinju sejak temasya dwitahunan kebangsaan itu diperkenalkan pada 1986.