SUBANG: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang di sini bagi memulakan lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula hari ini.
Baginda yang diiringi Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, pegawai kanan kerajaan dan delegasi mendarat tepat pukul 5 petang dengan pesawat khas.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Sejurus mendarat Sultan Brunei kemudian memeriksa barisan kawalan kehormat yang dianggotai dua pegawai dan 26 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
Dalam tempoh lawatannya ke Malaysia, Sultan Brunei dijadual diberikan Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi esok.
Seterusnya baginda akan bertemu dengan Al-Sultan Abdullah, diikuti dengan Majlis Santapan Negara bagi meraikan Sultan Brunei dan delegasi.
Pada sebelah petangnya pula, baginda akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya dan menyaksikan pemeteraian beberapa instrumen dua hala antara Malaysia-Brunei.
Sebelum mengakhiri lawatannya di Malaysia pada Jumaat, Sultan Brunei juga dijangka berangkat ke Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Perdana Menteri di Malaysian Petroleum Club, Menara Berkembar Petronas.
Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) hari ini, lawatan negara Sultan Hassanal Bolkiah itu bertepatan dengan Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei (ALC) ke-24 yang akan dihadiri oleh baginda dan Anwar.
Katanya sebagai mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei, ALC akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk mengkaji semula kemajuan kerjasama dua hala, dan membincangkan isu-isu tertunggak serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Ini sekali gus akan mengukuhkan lagi hubungan terjalin lama dan kerjasama pelbagai aspek antara kedua-dua negara dan rakan kongsi di ASEAN.
Pada 2022, Brunei merupakan rakan dagangan ke-26 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan berjumlah RM13.22 bilion (US$2.98 bilion), peningkatan 68.4 peratus berbanding nilai yang dicatatkan pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (kanan) disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Keakraban Sultan Brunei sangat bermakna, pupuk hubungan erat dua negara - PM Anwar
Keakraban secara peribadi yang ditunjukkan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah cukup bermakna, dan akan dijaga sebaiknya bagi memupuk hubungan lebih erat antara Malaysia dan Brunei.
Yang di-Pertuan Agong iringi keberangkatan pulang Sultan Brunei
Seri Paduka Baginda berkenan memandu sendiri Sultan Hassanal Bolkiah ke Pangkalan Udara Subang.
Sultan Brunei berkenan terima menghadap PM Anwar
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu kota.
Sultan Hassanal Bolkiah tiba untuk Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah tiba di sini, hari ini bagi menghadiri istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim di Istana Negara, esok.
PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78
Anwar, menerusi hantaran sama juga menzahirkan harapan supaya hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Brunei akan terus diperkukuh.
Agong terima persembahan perutusan rasmi Sultan Brunei ke istiadat pertabalan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima perutusan rasmi Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ke Istiadat Pertabalan yang akan berlangsung pada 20 Julai ini.
Pertabalan Agong: Sultan Brunei berkenan berangkat, serlah hubungan akrab dengan Malaysia
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mempersembahkan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah warkah persilaan sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda.
Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.
Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak hari ini.
Sultan Brunei rakam penghargaan jayakan istiadat perkahwinan Putera Mateen, Dayang Anisha
Putera Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari lalu.