NATIONAL
Sultan Brunei bertemu Tun Mahathir

Dr Mahathir menyambut keberangkatan tiba Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ketibaan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang diiringi anakandanya Putera Abdul Mateen Hassanal Bolkiah.
Baginda yang memandu sendiri kenderaan tiba sekitar jam 11.48 pagi di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Pertemuan kedua pemimpin berlangsung sejurus selepas Dr Mahathir mempengerusikan mesyurat bersama Ketua Setiausaha kesemua Kementerian bagi menerangkan fungsi dan peranan kerajaan baru.
Walau bagaimanapun, Astro AWANI masih tidak dapat mengenal pasti tujuan pertemuan kedua pemimpin tersohor dunia ini.

Sultan Brunei diiringi oleh Tun Mahathir selepas Baginda tiba di Yayasan Al-Bukhary di ibu negara pagi tadi. - Foto Astro AWANI
Baginda dan anakanda berangkat meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana sekitar jam 12.55 tengah hari selepas pertemuam lebih sejam itu.
Terdahulu, ketibaan Baginda disambut isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Putera Mateen (kiri), Tun Mahathir, Sultan Brunei dan Tun Dr Siti Hasmah sempat bergambar di Yayasan Kepimpinan Perdana pagi tadi. - Foto Astro AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami