JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim tidak cerewet dalam pemilihan santapan tetapi seboleh-bolehnya sajian yang disediakan perlulah mempunyai sedikit rasa pedas serta tidak terlalu manis.
Tukang masak peribadi kepada Sultan Ibrahim, Hamdan Dollah, 57, berkongsi pengalaman kepada Bernama bahawa Seri Paduka Baginda juga gemarkan masakan Melayu kampung seperti asam pedas, gulai nanas ikan kering, ulam-ulaman dengan sambal belacan, siput sedut, kerang rebus dan banyak lagi.
"Sebenarnya makanan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah tidak banyak beza kerana Seri Paduka Baginda berdua gemarkan makanan kampung. Ada kalanya kalau Sultan Ibrahim hendak berubah selera barulah menitahkan saya menyediakan makanan lain.
"Sultan Ibrahim sensitif dengan rasa makanan, perlu ada keseimbangan rasa masin, masam, manis semua perlu cukup dan kalau Seri Paduka Baginda berkenan memasak sendiri, saya akan sediakan semua bahan-bahannya," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di sini, baru- baru ini.
Hamdan yang berkhidmat dengan Seri Paduka Baginda sejak 2012 berkata Sultan Ibrahim sangat hebat di dapur dan mempunyai kemahiran memasak pelbagai makanan antaranya menu barat dan Cina.
Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong juga gemar memasak dalam jumlah yang banyak untuk diberikan kepada petugas di istana selain mempunyai doktor peribadi yang akan memberi nasihat mengenai aspek pemakanan.
Hamdan yang telah berkhidmat selama 12 tahun dengan Sultan Ibrahim berkata Seri Paduka Baginda sangat menekankan kebersihan, dan disiplin dalam kalangan petugas istana selain sering bergurau.
"Sultan Ibrahim tidak terlalu tegas dengan pekerja dan kami sememangnya senang berurusan serta berkhidmat dengan Seri Paduka Baginda,
"Satu lagi, Sultan Ibrahim suka pada kekemasan dan sentiasa mengingatkan pekerja supaya kelihatan kemas dan menjaga disiplin dalam bekerja, segalanya perlu dalam keadaan teratur," katanya yang berpengalaman bekerja selama 21 tahun di hotel.
Menceritakan bagaimana bermulanya tugas sebagai tukang masak peribadi kepada Sultan Ibrahim, Hamdan berkata ia bermula ketika Seri Paduka Baginda sering berangkat ke Pengerang, sebelum menawarkannya untuk bekerja di istana.
"Ketika Seri Paduka Baginda bertanya sekiranya saya mahu bekerja di istana, saya terdiam, sebelum menerima tawaran itu walaupun berada dalam keadaan terkejut.
"Kenapa saya terima? sebab saya anggap ia rezeki apatah lagi bila Sultan Ibrahim sendiri yang pelawa. Ini semua ketentuan Allah, saya bersyukur, Alhamdulillah kerja di istana banyak mengubah kehidupan saya menjadi lebih stabil," katanya.
Selain itu, Hamdan juga bersyukur kerana sebagai tukang masak peribadi, beliau berpeluang mengikut Seri Paduka Baginda ke luar negara dan lebih istimewa kerap ke Istana Negara untuk membantu petugas menyediakan santapan selepas Sultan Ibrahim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
Seri Paduka Baginda juga gemarkan masakan Melayu kampung seperti asam pedas, gulai nanas ikan kering, ulam-ulaman dengan sambal belacan, siput sedut, kerang rebus dan banyak lagi. - Gambar fail
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti.
Kes buli ALK UPNM: Agong mahu Kementerian Pertahanan ambil serius kes berulang
Budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana perlakuan tersebut menjejaskan kesejahteraan pelajar serta mencemar reputasi IPT.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.
Orang ramai boleh mula tonton dokumentari khas Istiadat Pertabalan YDPA Ke-17
Dokumentari khas Takhta Raja Payung Negara: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 itu disiarkan di YouTube rasmi Sultan Ibrahim.