awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor berkenan bersantap sarapan pagi bersama rakyat Muar

Bernama
Bernama
04/01/2016
02:00 MYT
Sultan Johor berkenan bersantap sarapan pagi bersama rakyat Muar
Para pengunjung tidak menyangka menerima keberangkatan baginda pada kira-kira jam 6.45 pagi tadi. - Foto Bernama
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli bersantap sarapan pagi bersama penduduk Muar di Restoran Al Ziya Fathima di Pusat Perniagaan Mas Jaya, Jalan Salleh, dekat sini pagi tadi.
Baginda yang tiba dengan menaiki kenderaan rasmi turut diiringi Pegawai Daerah Muar Ramlee A Rahman, ternyata mengujakan pengunjung yang tidak menyangka menerima keberangkatan baginda pada kira-kira pukul 6.45 pagi tadi.
Sultan Ibrahim memesan santapan kegemaran baginda iaitu roti canai kari kambing dan ayam dan minuman halia o ais.
Sebagai raja yang berjiwa rakyat, Sultan Ibrahim juga turut berkenan meluangkan masa bersembang bersama rakyat dan bergambar bersama pengunjung di restoran terbabit.
Baginda kemudiannya berangkat pulang ke Istana Tanjung dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda baginda selepas menghabiskan masa kira-kira 45 minit bersama rakyat.
Topic Berkaitan
#Muar
#sarapan pagi
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan