awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor kurnia 42 ventilator kepada hospital

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
11/04/2020
09:01 MYT
Sultan Johor kurnia 42 ventilator kepada hospital
Kesemua 42 ventilator berkenaan akan diagihkan kepada hospital-hospital kerajaan di seluruh Johor mengikut keperluan oleh Pengarah Kesihatan Johor. - Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 42 ventilator (alat bantuan pernafasan) bagi kegunaan hospital-hospital di Johor.
Baginda yang memuat naik satu kenyataan menerusi Facebook rasmi pada Sabtu berkenan menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu.
“Saya amat memahami pada situasi masa kini, hospital-hospital amat memerlukan peralatan ini khususnya bagi kegunaan pesakit.
"Ini merupakan kerjasama di antara saya, rakan-rakan, dermawan dan juga kerajaan negeri bagi bersama-sama mengurangkan beban kerajaan," titah Sultan Johor.
Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 42 ventilator bagi kegunaan hospital-hospital di negeri Johor.
Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 42 ventilator bagi kegunaan hospital-hospital di negeri Johor.
Sumbangan berkenaan disampaikan Baginda menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru
Kesemua 42 ventilator berkenaan akan diagihkan kepada hospital-hospital kerajaan di seluruh Johor mengikut keperluan oleh Pengarah Kesihatan Johor.
Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 42 ventilator bagi kegunaan hospital-hospital di negeri Johor.
Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 42 ventilator bagi kegunaan hospital-hospital di negeri Johor.
"Bukan mudah untuk mendapatkan peralatan ini lebih-lebih lagi ketika musim penularan wabak COVID-19. Kita berusaha keras untuk mendapatkannya.
"Jika ada lagi pihak yang sudi untuk memberi sumbangan kepada YSIJ, kita mungkin dapat mengusahakan lebih banyak untuk kegunaan hospital-hospital," titah Baginda lagi.
Pada Jumaat, sebanyak 523 kes jangkitan COVID-19 dicatatkan di Johor dengan tiga daerah yang diletakkan dalam zon merah iaitu Johor Bahru, Kluang dan Batu Pahat.
BACA: COVID-19: Bazar Ramadan tidak sesuai masa kini - Sultan Johor
Topic Berkaitan
#alat bantuan penafasan
#coronavirus
#COVID-19
#Dr Aman Rabu
#hospital Johor
#Johor Bahru
#koronavirus
#Pengarah Kesihatan Negeri Johor
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
#ventilator
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan