NATIONAL
Sultan Johor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali Ke-235, di Istana Negara di sini.
Mesyuarat dua hari itu bermula hari ini dan dihadiri oleh semua Raja Melayu kecuali Pahang.
Turut hadir ialah semua Yang Dipertua Negeri.
Raja-Raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Melaka diiringi oleh ketua menteri mereka.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat menghadiri majlis santapan malam ini bersempena mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu itu.
Seri Paduka juga dijadual berangkat ke mesyuarat majlis itu esok.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami