awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA tumpaskan sindiket pemerdagangan manusia, tahan PATI
FAM ambil alih peranan teknikal NFDP, MSN kekal urus aspek pengurusan
ONE Championship: Tahap berbeza! Rifdean Masdor buat 'Rodtang Indonesia' terlentang dalam pusingan pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor terima Darjah Kebesaran Sikatuna daripada Presiden Filipina

Bernama
Bernama
10/07/2019
23:00 MYT
Sultan Johor terima Darjah Kebesaran Sikatuna daripada Presiden Filipina
Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Johor, darjah berkenaan diberikan sempena lawatan baginda di atas jemputan peribadi Rodrigo Duterte. - Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menerima Darjah Kebesaran Sikatuna (Order Of Sikatuna) yang membawa gelaran Datu daripada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Manila.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Johor, darjah berkenaan diberikan sempena lawatan baginda di atas jemputan peribadi presiden tersebut.
Pada majlis di Istana Malacanang terbabit, Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato' Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada Duterte.
Terdahulu, Sultan Ibrahim tiba di istana berkenaan pada 5 petang, sebelum menandatangani buku pelawat.
Baginda kemudian disambut oleh Duterte dan bergambar bersama sebelum mengadakan pertemuan tertutup selama hampir sejam.
Sultan Ibrahim dan Duterte turut bertukar cenderahati serta merakam gambar kenangan.
Sempena lawatan itu, Duterte turut menghadiahkan sebuah potret lukisan wajah Sultan Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#darjah kebesaran
#presiden filipina
#Rodrigo Duterte
#sikatuna
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan