awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TimeTec Parking lancar sistem bayaran parkir guna DuitNow QRPay
Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung
Istana nafi Tengku Ampuan Pahang tawar bantuan wang tunai melalui media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor terima kunjungan dua menteri Singapura sempena Aidilfitri

Bernama
Bernama
22/04/2023
10:20 MYT
Sultan Johor terima kunjungan dua menteri Singapura sempena Aidilfitri
Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura Grace Fu dan Menteri Tenaga Manusia serta Menteri Kedua bagi Perdagangan dan Industri Singapura Dr Tan See Leng hadir sempena sambutan Aidilftri di Istana Bukit Serene hari ini. - Facebook/Sultan Ibrahim
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini berkenan menerima kunjungan dua Menteri Singapura bersempena sambutan Aidilftri di Istana Bukit Serene di sini.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi baginda hari ini, mereka ialah Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura Grace Fu dan Menteri Tenaga Manusia serta Menteri Kedua bagi Perdagangan dan Industri Singapura Dr Tan See Leng.
Turut berangkat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam.
Berangkat sama Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah serta anakanda baginda yang lain iaitu Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj.
Hadir sama Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru Jeevan Singh dan isteri.
Tetamu kehormat turut diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari bersama baginda berdua dan keluarga Diraja Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
#Menteri Singapura
#Grace F
#Dr Tan See Leng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan