JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Johor atas kejayaan menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang berakhir semalam.
"Tahniah kontinjen Johor juara Sukma 2022," titah Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda.
Turut menzahirkan ucapan sama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kontinjen Johor yang memenangi Sukma 2022 yang menutup tirainya hari ini (semalam).
"Saya merasa bangga melihat kontinjen Johor dapat meraih 77 emas dalam kejohanan kali ini, sekali gus berjaya melepasi sasaran awal yang diletakkan iaitu 40 emas. Tahniah saya ucapkan sekali lagi kepada kontinjen Johor," titah Tunku Ismail menerusi hantaran di Facebook rasmi.
BACA: Sukma ke-20: Johor juara, Azizulhasni, Nicol David, Chong Wei gamatkan majlis penutup
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran di laman Facebook berkata, Johor mencipta sejarah apabila berjaya menjadi juara buat pertama kali dalam 36 tahun penganjuran Sukma.
Pada temasya kali ini, barisan atlet Harimau Selatan mengungguli carta kedudukan pingat dengan kutipan 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Johor kerana menjadi juara Sukan Malaysia 2022 yang berakhir semalam. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sivasangari dinobatkan Atlet Terbaik April oleh The World Games
Ia sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung kejohanan London Classic dengan mengalahkan pemain terbaik dunia, bulan lepas.
Faisal kini dirawat di ICU, perlu jalani beberapa pembedahan
Pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim, kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kejadian disimbah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Penyelia 'ladle crane' maut jatuh dari ketinggian 20 meter
Seorang penyelia maut selepas terjatuh dari ketinggian melebihi 20 meter ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di atas ladle crane.
JKDM Kelantan rampas minuman keras RM1.2 juta
JKDM Kelantan merampas 24,500 liter minuman keras yang dibawa masuk ke negara ini tanpa dokumen pengimportan yang sah bernilai RM1.2 juta.
Sultan Ibrahim mainkan peranan penting pertingkat hubungan Malaysia-Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan hubungan dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura, kata Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
Agong zahir ucapan terima kasih kepada PM Lee kerana jadi rakan karib Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, yang bakal berundur, kerana menjadi rakan karib Johor dan Malaysia.
Disangka hilang, rupanya 'terpos' ke Amazon
Galena yang masuk ke dalam kotak yang ingin dipos ke Amazon tanpa disedari keluarganya, ditemui sihat namun dalam keadaan keliru.
Adamas tunggu maklum balas dua atlet angkat berat gagal ujian doping
Adamas belum menerima maklum balas daripada dua pemenang pingat dalam acara angkat berat yang gagal ujian doping pada Sukma lalu.
Sultan Johor ucap tahniah Johor juarai Sukma 2022
Turut menzahirkan ucapan sama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Sukma 2022: Lontaran emas Nani Sahirah ketepikan cabaran atlet kebangsaan
Lontaran sejauh 13.38m yang menghasilkan emas itu, ternyata mengejutkan atlet olahraga kebangsaan dari Sarawak Grace Wong Xiu Mei.
Muhammad Ikbolasen gembira dalam duka
Hasrat melakar pencapaian bergaya tidak kesampaian apabila catatan 31 minit 11.62 saat tidak diiktiraf sebagai rekod baharu kejohanan.
Sukma 2022: Gugur 12 acara, tiada unsur sabotaj - Ahmad Faizal
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin tiada unsur sabotaj dalam pengguguran 12 acara di saat akhir sebelum tarikh tutup Sukan Malaysia (Sukma) 2022.
Guna kuasa mutlak teruskan acara terjun wanita SUKMA 2022 - Menteri Sarawak
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu digesa menggunakan kuasa mutlak selaku Menteri Belia dan Sukan jika ada, untuk meneruskan acara terjun wanita dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.
Sukma 2022: Kontinjen Melaka sasar 20 emas
Antara sukan utama yang dilihat mampu menyumbangkan pingat emas kepada Melaka adalah wushu, badminton, silat, petanque dan renang.
Sukma 2022: Terjun wanita digugurkan kerana tidak cukup penyertaan, bukan sebab politik - KBS
Mana-mana acara dipertandingkan pada Sukma, ia perlu mendapat penyertaan daripada sekurang-kurangnya lapan kontinjen negeri.
Sukma 2022: Kontinjen Perak sertai 31 acara
Kontijen Perak akan menyertai kesemua 31 jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 pada September sehingga Oktober depan.
Sukma 2022 diadakan sebelum Sukan SEA Hanoi - Ahmad Faizal
Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) akan diadakan sebelum temasya Sukan SEA Hanoi, dijangka berlangsung Mei depan.