BANGI: Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 melabuhkan tirainya secara rasmi pada satu majlis cukup meriah menandakan tamatnya temasya sukan dwitahunan itu dengan kontinjen Johor dinobatkan selaku juara keseluruhan.
Johor mencipta sensasi apabila meraih gelaran juara sulung dengan membawa pulang 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa, sekali gus mengatasi 14 kontinjen lain termasuk juara bertahan, Terengganu (64 emas, 49 perak dan 56 gangsa) di tempat kedua serta Wilayah Persekutuan (55 emas, 68 perak dan 64 gangsa) di tempat ketiga.
Pada majlis berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) malam tadi, majlis dimulakan dengan ketibaan maskot Sukma, Oyen diikuti perarakan masuk 15 kontinjen negeri bertanding termasuk Brunei selalu kontinjen jemputan.
Lebih 2,000 atlet dan pegawai hadir bagi memeriahkan majlis penutupan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu.
Sukma ke-20 yang bermula secara rasmi pada 16 Sept lepas mempertandingkan sebanyak 426 acara iaitu 223 acara lelaki, 184 wanita dan 19 campuran yakni jumlah acara terbanyak dipertandingkan pada temasya dwitahunan itu setakat ini.
Semasa berucap pada majlis penutup itu, Ahmad Faizal berharap supaya penganjuran Sukma akan datang bakal melibatkan lebih banyak acara yang tidak dipertandingkan pada temasya edisi kali ini.
"Ini penting bukan sahaja untuk menaikkan semangat para atlet tetapi juga dapat memartabatkan lagi acara-acara sukan yang terlibat. Jadi mari kita sama-sama doakan lebih banyak acara dapat dipertandingkan pada Sukma akan datang," katanya.
Majlis itu kemudian digamatkan lagi dengan penampilan tiga legenda sukan negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David yang menyampaikan trofi kepada atlet lelaki dan wanita terbaik serta juara keseluruhan Sukma.
Pada majlis itu, atlet lelaki dan wanita terbaik Sukma masing-masing dibolot atlet Johor menerusi Muhammad Fakhrullah Mohd Rumaize bagi sukan kanu dan atlet renang Tan Rouxin.
Muhammad Fakhrullah meraih gelaran itu selepas merangkul sebanyak sembilan pingat emas antaranya menerusi acara K2 200meter (m), 500m dan 1000m sementara Rouxin meraih enam emas antaranya dalam saingan 50m, 100m dan 200m kuak dada.
Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
Majlis kemudian diteruskan dengan upacara menurunkan bendera temasya sebelum penonton dihiburkan dengan persembahan nyanyian artis antaranya Faizal Tahir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022
Johor mencipta sensasi apabila meraih gelaran juara sulung dengan membawa pulang 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa. - Bernama
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
SUKMA: Acara futsal wanita, 10 meter platform wanita digugurkan
Abdul Karim berkata kedua-dua acara tersebut terpaksa digugurkan kerana kurang jumlah penyertaan.
Mohd Poad cabar pelari pecut muda tonjol potensi di Sukma 2024
Jurulatih pecut negara Mohd Poad Md Kassim melontarkan cabaran kepada atlet-atlet baharu supaya menonjolkan potensi dengan melakukan kejutan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak.
SUKMA 2024: ADAMAS harap sifar doping, tumpuan kepada badang negeri
Azura berkata pihaknya menggesa agar kesemua negeri bertanding hadir secara telus dan bersih dalam temasya dwitahunan itu.
Perak tetap sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Katanya, sekiranya Perak FC tidak bersedia untuk menyediakan pasukan, Majlis Sukan Negeri Perak akan membuat persiapan sendiri.
Perak hampir pasti tidak sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Bobie berkata, pihaknya tidak berupaya membuat persiapan pasukan kerana kurang tajaan dan sokongan kewangan daripada MSN Perak.
SUKMA 2024: 15,000 penyertaan atlet dan pegawai
SUKMA ke-21 mendapat sambutan hangat dengan penyertaan kira-kira 15,000 atlet dan pegawai dari semua negeri dan juga kontinjen jemputan Brunei.
SUKMA 2024: Melaka sasar 20 pingat emas
Kontinjen Melaka menyasarkan 20 pingat emas pada temasya SUKMA ke-21, yang dijadualkan berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini.
SUKMA: Selangor hantar 1,138 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen Selangor menyasarkan untuk menurunkan 1,138 atlet bagi membawa cabaran dalam semua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak.
Kerajaan akan pastikan SOP sukan berisiko tinggi sentiasa dipatuhi - Adam Adli
KBS juga akan memastikan kerjasama lebih rapat dengan Majlis Sukan Negeri selepas ini agar setiap SOP berkaitan penganjuran sukan berisiko tinggi dipertingkatkan.