awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor akan beri penghargaan kepada atlet cemerlang Sukma

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
24/09/2022
22:15 MYT
Johor akan beri penghargaan kepada atlet cemerlang Sukma
ONN HAFIZ: Insya-Allah kerajaan negeri akan mengiktiraf dan memberi penghargaan yang sewajarnya kepada semua atlet dan kontinjen Johor yang mengharumkan nama negeri yang kita sayangi ini. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan memberikan penghargaan sewajarnya kepada semua atlet dan kontinjen Johor yang beroleh kejayaan cemerlang pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-20.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Johor mencipta sejarah apabila berjaya menjadi juara buat pertama kalinya dalam 36 tahun penganjuran Sukma.
"Insya-Allah kerajaan negeri akan mengiktiraf dan memberi penghargaan yang sewajarnya kepada semua atlet dan kontinjen Johor yang mengharumkan nama negeri yang kita sayangi ini.
"Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua atlet, barisan kejurulatihan, pihak pengurusan, Majlis Sukan Negeri Johor serta semua pihak yang menyumbang dalam kejayaan cemerlang kontinjen Johor.
"Terima kasih juga saya ucapkan kepada mereka yang turut hadir memberikan sokongan kepada atlet kita sepanjang temasya ini.
"Insya-Allah kerajaan negeri juga sedang merancang sesuatu untuk meraikan kejayaan ini bersama," katanya menerusi satu kenyataan di hantaran Facebooknya, pada Sabtu.
Johor diangkat sebagai juara Sukma ke-20 selepas berjaya mengutip 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa.
Onn Hafiz turut mengambil kesempatan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Keluarga Diraja Johor yang tidak henti-henti mendoakan dan memberikan semangat kepada kontinjen Sukma Johor.
Pada masa sama, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada kontinjen Johor.
Topic Berkaitan
#Sukma MSN
#johor juara
#onn hafiz ghazi
#penghargaan kepada kontinjen Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan