KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menyembelih dua ekor lembu sempena Program Majlis Korban Jama'ie Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 1443H/2022M.
Program diadakan di Padang Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji di sini hari ini.
Salah seekor daripada lembu terbabit, merupakan daripada baka Charolais atau 'lembu sado' yang merupakan lembu milik baginda dengan berat hampir satu tan.
Keberangkatan tiba baginda turut diiringi Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.
Acara yang menarik perhatian ramai ini turut menghimpunkan hampir 500 penduduk setempat dan melibatkan lima kumpulan petugas sembelihan ternakan dari Tumpat, Binjai, Gunong dan Beris Kubu Besar.
Ianya merupakan acara tahunan dan terhenti seketika sejak dua tahun lalu susulan pandemik COVID-19.
Sementara itu Tengku Mohamad Rizam berkata, fasa peralihan ke endemik ketika ini membolehkan majlis korban perdana ini dilaksanakan selepas dua tahun ianya tidak dapat diadakan.
"Sejumlah 45 ekor lembu korban disediakan pada program kali ini.
"Daging korban ini akan diagihkan kepada hampir 2,800 orang fakir miskin, asnaf yang dipilih sekitar Kota Bharu," katanya.
Wanna Abd Rahim
Mon Jul 11 2022

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (tengah) berkenan berangkat bagi menyempurnakan acara menyembelih dua daripada 45 ekor lembu pada Program Korban Jamaie di Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji hari ini. - Foto Astro AWANI

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.
Dua maut, lima cedera selepas bas bawa pelajar terbabas
Dua maut manakala lima lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok di lebuhraya antara negeri berhampiran bandar Wawayanda, Timur New York pada Khamis.
Sekolah ditutup, ribuan guru di Nepal turun protes
Sekolah-sekolah di Nepal terpaksa ditutup pada Jumaat berikutan lanjutan protes dalam kalangan guru di negara itu sejak rabu lalu. Puluhan ribu guru berhimpun di Kathmandu sebagai tanda bantahan mereka terhadap akta reformasi pendidikan yang dibentangkan di Parlimen negara itu.

Mohd Amar dilantik Speaker DUN Kelantan
ADUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.

Guna kepala surat Istana Kelantan, 4 individu ditahan
Empat lelaki tempatan berusia lingkungan 45-70 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen pada 3 Oktober lepas.

Kemunculan pertama Sultanah Kelantan
Sultanah Kelantan, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah berkenan, hari ini menerima menghadap Pertubuhan Kerabat DRaja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian di Kota Bharu.

Sultan Kelantan berkenan isytihar Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai isteri baginda
Sultanah Kelantan membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Sultan Kelantan berkenan sertai majlis korban, sembelih dua ekor lembu
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini berkenan menyembelih dua ekor lembu sempena Program Majlis Korban Jama'ie MAIK.

Sultan Kelantan zahir rasa bangga prestasi kewangan negeri
Kerajaan Kelantan menerusi dasar kewangan yang komprehensif telah berjaya mengawal perbelanjaan mengurus berdasarkan keutamaan perbelanjaan.

Sultan Muhammad V titah rakyat Kelantan terima vaksinasi
Ia supaya negeri Kelantan berjaya mencapai imuniti kelompok (suntikan vaksin 80 peratus) pada 30 September 2021 seperti yang dirancang.

Istana Balai Besar, Kelantan dibuka kepada rakyat untuk pemberian vaksin
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V memperkenan supaya pintu Istana Balai Besar, di sini, dibuka kepada rakyat jelata bagi tujuan kemudahan pelaksanaan program pemberian vaksin COVID-19.

MAIK akan ambil tindakan terhadap pihak langgar SOP aktiviti keagamaan
Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V