awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri bersama 20,000 rakyat

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/04/2023
09:31 MYT
Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri bersama 20,000 rakyat
Ketibaan baginda bersama-sama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim disambut Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan Exco Kerajaan Negeri dan beberapa kenamaan lain. - Foto BERNAMA
IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat ke majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri di pekarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Sabtu petang.
Ketibaan baginda bersama-sama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim disambut Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan Exco Kerajaan Negeri dan beberapa kenamaan lain.
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah serta Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunmu Soraya Sultan Abdul Halim.
Kira-kira 20,000 rakyat jelata hadir memeriahkan sambutan di samping menjamu selera dengan pelbagai juadah yang disediakan.
Pasangan diraja itu turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz Kuala Kangsar dan Flat PPR Jalan Ashby Ipoh. 
 
Saarani di dalam ucapannya berkata, kehadiran rakyat jelata dari pelbagai lapisan kaum dan agama, bukan sahaja mencerminkan kasih sayang dan ketaatan kepada pemerintahan Sultan Nazrin, tetapi juga menjadi simbol keakraban rakyat yang bernaung di bawah payung pemerintahan baginda. 
 
Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa kerukunan hubungan kaum yang dipertahankan sejak era pra merdeka sudah mula luntur sedikit demi sedikit sejak kebelakangan ini. 
 
Katanya, ia berlaku apabila wujud pelbagai dakyah yang sengaja direkayasa bagi menimbulkan sentimen kebencian dan permusuhan. 
 
Justeru itu, beliau mengajak rakyat Perak berazam untuk menyuburkan kembali semangat kebersamaan dengan mempertahankan keamanan, menyemarakkan obor perpaduan, mengukuhkan semangat kekitaan serta menolak perpecahan.
Topic Berkaitan
#Sultan Nazrin Shah
#Sultan Perak
#Sambutan Hari Raya Aidilfitri
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan