TANJUNG MALIM: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mencemar duli berangkat merasmikan Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani di sini hari ini.
Keberangkatan baginda pada kira-kira pukul 10 pagi disambut Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan beberapa orang kenamaan lain.
Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii dan barisan exco kerajaan negeri.
Majlis dimulakan dengan lagu kebesaran negeri Perak diikuti bacaan al-Quran dan doa sebelum Sultan Nazrin menyempurnakan lafaz perasmian dan menandatangani plak.
Baginda kemudian berkenan melawat ke sekitar kawasan Balai Cerap Tan Sri Harussani dan menyertai sesi bergambar.
Sementara itu, Huang dalam ucapannya berkata INSTUN ditubuhkan pada 1 Mei 1998 bagi menyediakan kursus dalam bidang tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat berkaitan di Wisma Tanah, Jalan Semarak, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke kampus sedia ada di Behrang Ulu di sini pada 2002 yang dibina dengan kos berjumlah RM117.2 juta.
"Sebagai sebuah balai cerap moden yang pertama di Perak, Balai Cerap Tan Sri Harussani akan menjadi platform perkongsian ilmu falak kepada semua peringkat lapisan masyarakat.
"INSTUN juga bertuah kerana menjadi Institut Latihan Awam (ILA) tunggal yang memiliki fasiliti balai cerap bertaraf dunia," katanya.
Huang berkata sejak penubuhannya, kira-kira 70,000 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang, khususnya warga pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan telah mendapatkan latihan di INSTUN.
Beliau berkata bermula 2015 pula, INSTUN mula melatih peserta luar negara di bawah peruntukan Kementerian Luar Negeri iaitu Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) dan sehingga hari ini, INSTUN telah melahirkan lebih 80 orang alumni MTCP daripada 20 negara seperti Kemboja, Thailand, Myanmar, Filipina, Maldives dan Mesir.
Katanya sebagai sebuah ILA, INSTUN yang kini merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memainkan peranan aktif menyumbang kepada badan ilmu menerusi penerbitan ilmiah, kajian penyelidikan, depositori secara dalam talian dan perkhidmatan Perpustakaan INSTUN.
Huang berkata penerbitan Jurnal INSTUN berjaya dimasukkan ke dalam Indeks MyJurnal di bawah Pusat Sitasi dan Infometrik, Kementerian Pendidikan Tinggi.
INSTUN juga membangunkan Portal Informasi Tanah dan Ukur (PINTU) dengan kepakaran dalaman sebagai satu depositori dalam talian yang boleh boleh diakses oleh orang awam manakala Perpustakaan INSTUN memiliki 17,000 koleksi buku, jurnal dan terbitan bersiri yang menepati piawaian Perpustakaan Negara.
INSTUN juga komited meningkatkan kualiti dan kepelbagaian modul latihan serta aktiviti penyelidikan menerusi kerjasama strategik bersama Universiti Awam dan Badan Berkanun.
Balai cerap itu dinamakan sempena Mufti Negeri Perak ke-8 iaitu Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria setelah mengambil kira sumbangan beliau yang berkhidmat sebagai Mufti Negeri Perak sejak 1985 hingga 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023

Sultan Nazrin berkenan melakukan cerapan dengan menggunakan teleskop pada Majlis Perasmian Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussaini hari ini. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Penduduk risau, tidak benarkan anak keluar bermain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu.

Pertahanan Young Tigers perlu diperkemas - Maninderjit
Skuad Young Tigers perlu memperbaiki kelemahan di bahagian pertahanan seandainya mahu menundukkan Mesir pada perlawanan klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 Kejohanan JWC esok.

Hon Jian-Muhammad Haikal raih kejuaraan kedua di India
Beregu muda lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri muncul juara Kejohanan Masters Guwahati 2023 di India, hari ini.
AWANI 7:45 [10/12/2023] - Penjelasan PM bersama TPM | Malam penentu All Stars Gegar Vaganza
Tiada lagi tebuk atap, atap Kerajaan Perpaduan kukuh ibarat konkrit.
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI capai matlamat, lebih 200,000 hadir
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Zayn Rayyan | Setahun Kerajaan MADANI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-16
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-16.

Sultan Nazrin berkenan sertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak bersama-sama hampir 10,000 peserta di Dataran Warisan di sini hari in

Sultan Nazrin berkenan kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 213 penerima
Seramai 238 penerima dikurniakan darjah kebesaran dan pingat bersempena dengan hari keputeraan baginda yang disambut pada 3 Nov.

Hentikan perbuatan cari keburukan, sebar fitnah - Sultan Nazrin
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah perbuatan mencari keburukan, mengaibkan, menyebar fitnah dan konspirasi menjatuhkan antara satu dengan lain perlu dihentikan.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Perak
Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-67.

Tiga atlet raih pingat di Sukan Asia 2022 Hangzhou terima PJK
Muhammad Azeem Mohd Fahmi, Shereen Samson Vallabouy dan Muhd Shafiq Puteh dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Anugerah darjah kebesaran, Sultan Nazrin bersifat terbuka - Mohd Zahidi
Mohd Zahidi berkata, situasinya berbeza berbanding sekitar dua atau tiga tahun lalu.

Sultan Ibrahim berangkat berkunjung hormat Sultan Selangor, Sultan Perak
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, di Kuala Lumpur hari ini.

Berganding bahu lindungi, pelihara pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah - Sultan Nazrin
Umat Islam wajib berganding bahu memastikan pegangan Ahli Sunnah Wal Jemaah dilindungi, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Penceramah luar masih tidak dibenar mengajar di Perak
Semua penceramah dari luar negeri Perak masih tidak dibenarkan mengajar atau bersyarah di dalam masjid di negeri itu,