KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang keberangkatan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dalam lawatan khas ke United Kingdom (UK) mulai hari ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ia selaras dengan Perkara 33(1) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ahmad Fadil menambah, seusai lawatan khas Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baginda berdua berkenan beristirehat di London bermula 27 September dan dijadualkan berangkat pulang ke tanah air pada 23 Oktober.
Seri Paduka Baginda berdua juga berkenan menjalani kuarantin kendiri seperti ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekembali ke tanah air nanti, tulis kenyataan itu.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadil berkata sepanjang lawatan khas hingga 27 September itu, Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan berangkat melawat Projek Battersea Power Station di London, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square serta Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di Brickendonbury, Hertford.
Atur cara lawatan khas tersebut turut diisi dengan pertemuan antara Seri Paduka Baginda berdua bersama komuniti rakyat Malaysia di London.
Selain itu, Seri Paduka Baginda turut dijadualkan berangkat menghadiri Sandhurst Reunion Dinner di Royal Military Academy Sandhurst, katanya.
"Seri Paduka Baginda pernah menimba ilmu ketenteraan di akademi berkenaan dari 1978 hingga 1979.
“Seri Paduka Baginda turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Sir General Nicholas Carter, Ketua Staf Pertahanan UK, yang akan menyentuh hubungan kerjasama ketenteraan dua hala Malaysia dan UK.
“Sir General Nicholas Carter juga pernah menuntut di Royal Military Academy Sandhurst,” kata Ahmad Fadil.
Jelas beliau, lawatan khas tersebut merupakan kali kedua bagi Seri Paduka Baginda ke UK sejak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Lawatan khas yang pertama, katanya, telah diadakan pada bulan Disember 2019 selama tujuh hari bermula 9 Disember.
“Dari segi hubungan dua hala, UK merupakan rakan dagang ke-18 terbesar bagi Malaysia pada tahun 2020 dengan jumlah dagangan direkodkan di antara kedua negara sebanyak RM16.59 bilion (GBP3.08 bilion), peningkatan sebanyak 0.8 peratus berbanding tahun 2019.
“Nilai eksport Malaysia ke UK pada tahun lalu juga telah direkodkan sebanyak RM9.91 billion (GBP1.84 billion), manakala nilai import dari United Kingdom sebanyak RM6.68 billion (GBP1.24 billion),” katanya.
Terdahulu, Wisma Putra dalam kenyataan memklumkan lawatan khas tersebut melambangkan kepentingan hubungan erat di antara Malaysia dan UK dimanifestasikan di peringkat pemerintahan tertinggi negara.
BACA: Agong, Permaisuri berkenan adakan lawatan khas ke UK - Wisma Putra
Hasimi Muhamad
Fri Sep 17 2021
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang keberangkatan Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah dalam lawatan khas ke UK. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Akta 852: JKN Perlis pergiat gerak kerja beri penerangan, pemahaman masyarakat belum mantap
JKN Perlis mempergiat gerak kerja memberikan penerangan mengenai Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lepas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.
KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, Bruno Mars
KKM menjelaskan, sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM itu tidak dikeluarkan atau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.