awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 18 hingga 24 Disember

Bernama
Bernama
17/12/2025
12:50 MYT
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 18 hingga 24 Disember
Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) juga kekal pada RM1.99 seliter. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara diturunkan sebanyak tiga sen dan dua sen masing-masing kepada RM3.24 dan RM2.62 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Dis 2025.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga diturunkan empat sen kepada RM3.02 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh sama.
Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) juga kekal pada RM1.99 seliter.
"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, RON95 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia serta menyokong kestabilan harga," menurut kenyataan itu.
Harga mingguan petroleum ditetapkan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik, selaras dengan dasar penetapan harga runcit produk petroleum.
Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#harga petrol
#tanpa sebsidi
#RON95
#RON97
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan