SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, iaitu antara inisiatif kerajaan Selangor bagi membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.
Sultan Sharafuddin menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Baginda bertitah projek pembangunan itu melibatkan pembinaan satu blok Apartment Darul Ehsan berjumlah RM3 juta, Masjid Darul Ehsan (RM4 juta) dan Menara Tangki Air Darul Ehsan (RM1.7 juta).
"Beta menyeru kepada rakyat dan semua pihak di negeri Selangor, untuk sama-sama membantu meringankan penderitaan dan keperitan penduduk Gaza, dengan memberi sumbangan agar kita dapat membangunkan kembali prasarana yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza," titah baginda dalam kenyataan hari ini.
Sultan Selangor turut berkenan menerima sumbangan dari dana umat Islam Selangor sebanyak RM1.2 juta, Majlis Agama Islam Selangor (RM200,000) dan sumbangan peribadi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sebanyak RM50,000, untuk disalurkan ke tabung berkenaan.
Baginda turut menitahkan supaya pengumpulan dan penyaluran sumbangan berkenaan dibuat dan diselaras menerusi Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI), melalui akaun Maybank Islamic Berhad bernombor 562106718620, agar pengurusan serta pengelolaan dana itu dapat dibuat secara tersusun, bertanggungjawab, telus dan lancar.
"Beta mendoakan semoga Allah S.W.T. memberi ganjaran amal soleh atas infak yang disumbangkan oleh rakyat negeri Selangor untuk membantu umat Islam di Gaza," titah baginda.
Sultan Sharafuddin berkenan melancarkan tabung berkenaan pada Majlis Perasmian Masjid, Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Masjid Kota Kemuning di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
Sultan Sharafuddin bertitah projek pembangunan itu melibatkan pembinaan satu blok Apartment Darul Ehsan berjumlah RM3 juta, Masjid Darul Ehsan (RM4 juta) dan Menara Tangki Air Darul Ehsan (RM1.7 juta). - Gambar fail/Bernama
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.