awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yu Qi bertemu Kunlavut pada final Terbuka Malaysia 2026
UPSR, PT3 dikaji semula: Ahli akademik cadang penambahbaikan
76 pesakit dirawat sehari: Amaran serius kesihatan jantung rakyat Malaysia - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor cadang wakil rakyat tinggal berhampiran kawasan ternak babi, alami pengalaman penduduk

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2026
09:12 MYT
Sultan Selangor cadang wakil rakyat tinggal berhampiran kawasan ternak babi, alami pengalaman penduduk
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa tidak membantah sepenuhnya cadangan projek tersebut, namun kajian pasaran perlu dilaksanakan secara teliti dan rasional. - Gambar fail.
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita serta tidak bersetuju dengan perancangan operasi penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat yang dijadual bermula tahun ini sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.
Dalam titah baginda, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa baginda memahami kewujudan penternakan babi secara kecil dan terkawal bagi memenuhi keperluan sumber makanan masyarakat Cina dan bukan Islam di Selangor.
Namun, baginda menegaskan bahawa projek penternakan berskala besar adalah tidak wajar, tidak sensitif dan tidak seimbang dengan realiti demografi serta keharmonian masyarakat di Selangor yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu Islam.
“Baginda menzahirkan kebimbangan memandangkan kawasan Kuala Langat didiami oleh ramai penduduk Melayu… sehingga ke hari ini, masalah berkaitan penternakan babi di kawasan tersebut masih gagal diselesaikan sepenuhnya sejak tahun 2010,” titah baginda seperti yang disiarkan menerusi Facebook Selangor Royal Office, hari ini.
Dalam kenyataan sama, baginda turut memaklumkan bahawa kediaman baginda, Istana Pantai Bahagia yang terletak di Kuala Langat, turut terkesan akibat pencemaran bau daripada aktiviti penternakan babi di kawasan berkenaan.
Sehubungan itu, baginda mencadangkan agar wakil-wakil rakyat tinggal dan menetap bersebelahan kawasan penternakan babi seperti di Kuala Langat supaya mereka dapat merasai sendiri pengalaman sebenar yang dialami penduduk setempat.
“Justeru, adalah tidak munasabah untuk isu yang telah berlarutan lebih sedekad ini dibiarkan berulang dalam skala yang lebih besar,” titah baginda.
Baginda turut mempersoalkan sama ada perancangan projek tersebut melibatkan kepentingan ahli politik dan ahli perniagaan, selain menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya unsur rasuah, konflik kepentingan atau kelemahan tadbir urus dalam proses perancangan serta kelulusan projek berkenaan.
Selain itu, baginda turut mengimbas kembali inisiatif Kerajaan Negeri yang pernah menghantar wakil ke luar negara bagi mendapatkan maklumat berkaitan penternakan babi secara moden, namun projek tersebut dikhabarkan menelan kos yang sangat tinggi.
Pada masa sama, baginda bertitah agar peruntukan berkenaan seharusnya dimanfaatkan untuk pembangunan kemudahan asas rakyat seperti sekolah dan hospital.
Baginda menegaskan bahawa tidak membantah sepenuhnya cadangan projek tersebut, namun kajian pasaran perlu dilaksanakan secara teliti dan rasional sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.
“Pembangunan ekonomi tidak boleh mengorbankan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di Selangor,” titah baginda lagi.
Topic Berkaitan
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Melayu
#Kuala Langat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami